I made this widget at MyFlashFetish.com.

10.26.2010

HapPy BeSt DaY SaYanG

Happy Besday to you,
Happy Besday to tou,
Happy Besday to my DEAREST HUBBY (Hairul Azli)
Happy Besday to you...

so, my hubby syg, this song is juz 4 u....



sooooooooooooooooooo ccuuuuutttttttteeee...like u........

I LOVE YOU

10.22.2010

** 3RD ANNIVERSARY

21102010

dah tiga tahun usia perkahwinan aku ngn en hubby ku, alhamdulillah, aku bahagia dengan perkahwinan ku dan aku doakan agar perkahwinannku bersama en hubby sygku Azli akan kekal bahagia dan mesra selama hayatku ada...

bermula dr perkenalan yg tak disangka, akhirnya aku n en hubby dinikahkan di dalam majlis yg serba sederhana (takdak duet weh nak wat gilang gemilang terbang2 pusing kat udara sambil pakai gaun pengantin, hahhaha...), n skang kami sudah pon ada 2org anak lelaki yg super comel n sihat aktif ceria...

hari yg paling bermakna ni aku cuma sambut sorg diri n ingatan di dalam hati jer, takda kek yg besar2, majlis yg meriah2, hadiah yg mahal2...sbb en hubby ku syg tiada di sisiku saat yang indah nie, cuma panggilan telefon jerlah yg jd perantara utk ucapan dr sepasang suami isteri yang berjauhan ketika annvrsry yg ke 3 ni...sob..sob.. (mode : sedih giler)



utk en hubbyku sayang :- andaikata syg terbaca coretan ni, ketahuilah yang isterimu amatlah mencintaimu sepanjang hayatku, tiada pengganti)

3 tahun berlalu, suka, gelak ketawa...amatlah membahagiakan....
3 tahun berlalu, marah, merajuk, benci...penambah perasa dlm hubungan kita...
3 tahun berlalu, akulah mama kepada 2 org anak mu yg sgt kau sayangi....

hahahahhaha...konon nk wat sajak, tp aku tatau.....so, cukuplah sajak tu, hahah yg penting en hubby ku tau yg aku sayyyyyaaaanggg dia.......

10.19.2010

** MRI - Utk sygku Ikmal

18hb Oktober 2010 (isnin)- Hari yg ditunggu2 sudah pun tiba

menanti tarikh keramat ni buat aku resah jer memanjang memikirkan test mri ni...aku risau n takut sbb si kecik ikmal kena wat test ni, padahal umoqnya pada waktu test ni barulah 6 bulan 2minggu 1hari...

pagi2 lagi (7.25am) aku n hubby dah siap2 nak ke hosp sebb temujanjinya pukul 8am, n baby ikmal kena start puasa pukul 4am, tapi sbb kesian kat baby ikmal, kol 6am tu aku still bagi dia minum susu, aku paksa2 jugak walopon dia tutup mullut, sbb mayb dh kenyang kot , tp aku paksa juga memandangkan dia kena puasa nnt, aku tak mo dia kelaparan plak... abg aqil, aku hantaq dia kat baby sitter, sian abg aqil, menangis sekuat2nya nak ikut kami, tapi maaf sayang, mama ngan abah nak bawak adik ke hosp, bukan nak p jenjalan...sian abg aqil...

sesampai jer kat hosp, kami terus ke tempat pendftaran utk mri, aku tgk dah ramai org, kami sampai lebih kurang kol 8.15am, hmmm...kompom lambat ler nak test, dh ler kena puasa si bb ikmal ni, sian dia... aku n hubby pon sama2 tak makan lagi, lapaq jugak, tp biarlah, ikmal pon tak minum papa dari pg td...bb ikmal masih lagi aktif, snyum2, gelak2, lompat2, mayb sbb dia masih lg kenyang kot...

tak lama pastu, doc panggil n suruh plak kitorang g jupa pakar dulu, sampai jer kat klinik pakar, terus ktorang masok jupa pakar, sembang2 borak2, doc suruh tunggu sat sementara depa nak panggil utk wat test mri, tp sebelom test, bb ikmal akan dibagi minum ubat tidur (macam ubat demam jer, syrup tu)..

dalam kol spuloh tu, nurse panggil utk letakk apa ntah kat tangan dia tu, tempat nak masok ubat, sorylah aku tak tau nak xplain natang tu camna, masa nurse cucuk kat tangan dia yg kecik tu, punyalah kuat bb ikmal nangis, sian dia aku tgk, mata dia sambil2 pandang muka mama dia, aku plak tak henti2 pujuk dia supaya dia rasa lebih tenang sbb aku slalu ada ngan dia...sayang ikmal...lepas dah masukkan benda alah tu, bb ikmal pon senyap la, tp kadang2 bila dia gk jer tangan dia tu, mesti dia nangis, alahai comel tul ikmal wat gitu, manja jer...puas jugakla memujuk memandangkan bb ikaml time tu mayb dah haus, lapaq, ngantyuk n mcm2 lagi n rimas paling utama skali, aku pon dh naik rimas tunggu lama sangat..

kol 1045am lebih kurang, nurse bg ikmal minum ubat tidoq, pas minum jerk, mata bb ikmal pon kian kuyu akhirnya dia terlelap sudah, sedih tgk dia time tu, macam2 perasaan yg ada kat aku time tu...aku lak tak putus2 berdoa agar semuanya berjalan dgn lancar n selamat..

kol 1100am, doc bawak kami p ke bilik mri utk wat test mri tu, masuklah aku n bb ikmal dalam bilik tu, aku tunggu dia sampailah habis test n mulut aku tak putus2 berdoa...masa test tu berlangsung, macam2 bunyi yang kuaq, macam senapang, muzik rap, disko n mcm2 lagi...ermmmm....mmg agak kuat bunyi tu....tp ikmal tidoq lena jer...heheheh

aku tak tau bapa lama ikmal dalam terowong tu, ehe...sbb aku tak dibenarkan pakai jam memandangkan mri mesin tu adalah menggunakan magnet yang teramatlah powernya...n alhamdulillah, semuanya selamat...aku rasa lebih kurang 45 min jugaklah ikmal dok dalam trowong tu, ikmal kena scan brain...

habis jer test tu, ikmalmasih lgi tidoq, tp doc suruh aku kejutkan, so aku pon kejut2kan dia, masa ni kitorang dh pon duduk kat klinik pakar kanak2...bangun jer ikmal dr tidoq, benda pertama aku bg ialah susu mama...tp dia minum sikit jer sbb masih lagi lali gtu...bg susu botol langsung tak mau, sudahnya aku suapkan dia ngn ayaq masak, basuh muka sikit, baru dia aktif balik, bg minum susu botol, habis jugaklah...

bila bb ikmal dh bangun,dh susu n dh aktif, doc buang balik benda alah kat tangan dia tu n kami pon balik..

resultnya - tunggulah lg 5, 6 minggu...

aku doa n harapkan semuanya ok...amin...mama abah abg aqil syg ikmal..

10.17.2010

** WARNA DAN BAU NAJIS

erk...hehhe...macam geli la plak tajuk ni, ada jugak org nak tulis ttg najis nie, erm suka hatilah, yg penting aku happy..hehehe

aku bukan suka2 nak tulis or main blasah jer, idea ni tiba2 jerk masok lam kpala aku bila aku godek2 nak cri kenapa najis anak aku, bb ikmal wana hijau or kuning (kot sbb mama n abahnya org kedah,hehhe bleh ker gitu? najis ikut wana negeri, bijok ikmal ni)..benda ni start sejak aku tukaq susu dia ke susu soya masa bb ikmal umoq 6bulan n sejak dia makan kanji lar...so aku pon tak pasti yg mana tak kena ngan ikmal...bila aku bg susu soya, dalam sehari tu 5 6 kali dia asyik membuang jer, tp bukan bnyk, sikit2 jer..aku dah panik, tukaq ke s26 promil plak, pon sama jugak, sampai ler skang nie. kadang2 najisnya wana kuning n ada buih2 cinta sikit, kadang2 wana hijau cair, tp yang terkini najis dia cam ada ketulan susu yang tak hadam...erm cam pelik plak..aku lom bawak bb ikmal jupa dok lagi, rasanya isnin ni sekaligus la kot...
bila aku dah geledah dalam google tu, so inilah yg aku dapat....


1st, dari ratuhatu.com


Najis bayi akan bertukar-tukar keadaan fizikal serta baunya. Kenali apa yang normal dan apa yang tidak normal.

Warna hijau pekat, hampir hitam, hitam, melekit, pekat

Najis pertama bayi anda ini dipanggil mekonium. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama 9 bulan di dalam perut anda sehingga beberapa hari kelahirannya.

Kuning kehijauan, sedikit coklat, seakan berbiji, lebih cair

Perpindahan daripada meconium kepada najis biasa bayi yang menyusu. Bermula apabila susu ibu mula banyak pada hari kedua, ketiga atau keempat. Mungkin bayi akan membuang 3, 10 malah ada yang sampai 20 kali sehari. Mungkin juga bayi tidak membuang selama beberapa hari. Jika anda menyusu badan, jangan risau, ia adalah normal, ini bukan cirit-birit. Ada juga bayi yang terus membuang selepas habis menyusu. Biasanya najis bayi yang menyusu badan baunya kurang menyengat berbanding bau najis bayi menyusu formula.

Jika bayi menyusu susu formula, warnanya lebih gelap, lebih cair tetapi teksturnya tidak sepatutnya melebihi kepekatan mentega kacang.
Najis yang bewarna hijau

Najis berwarna hijau biasanya datang daripada pemakanan ibu yang menyusu badan. Bayi yang menyusu formula pula mungkin mendapatnya daripada kandungan iron dalam susu formula tersebut. Ia adalah normal, selagi bayi tidak sembelit dan tidak meragam.
Najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil

Bagi bayi menyusu badan, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan.
Bila Perlu Risau

Hubungi doktor jika najis bayi:

* berdarah
* keputih-putihan
* kehitaman selepas melalui transisi daripada najis meconium

2nd dari Babycenter

Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?
Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Apakah yang akan berlaku jika saya memberikan susu formula?

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.

Dan jika bayi saya menyusu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.

Jadi, jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting untuk melakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

so, aku harap najis ikmal akan jadi normal balik...amin...syg aqil n ikmal..

10.15.2010

SGM (Khas utk Cikgu Cikgi Jer)

INSTRUMEN SGM

Instrumen SGM Online

Instrumen SGM boleh diakses terus menerusi URL Berikut http://www.moe.gov.my/sgm . Pengguna perlu mempunyai ID dan katalaluan untuk menggunakan /menjawab instrumen secara Online. Bagi Pengguna baru perlulah mendaftar untuk menggunakan Instrumen secara online ini. [Daftar Pengguna Baru]

Instrumen SGM Ofline

Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan menerusi sgm_ofline.xls. Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi

Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing.

Manual Instrumen

Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai
• 1 untuk sangat lemah,
• 2 untuk lemah,
• 3 untuk baik, dan
• 4 untuk cemerlang

1. Sangat lemah

• Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah.

2. Lemah

• Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.

3. Baik

•Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang.

4. Cemerlang

•Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan.

Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline.

Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan - Terbahagi kepada 3 Domain iaitu : (26 Soalan)

  1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan
  2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan
  3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan

Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20 Soalan)

  1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan
  2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3 Soalan
  3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan
  4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan
  6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan
  7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan
  8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1 soalan

Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24 Soalan)

  1. Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11 Soalan
  2. Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan
  3. Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan
  4. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan
ni aku cedok dari sini

10.14.2010

kisahnya anak2 ku

Aqil skang dah 2tahun sebulan, Ikmal lak dah 6bulan lebih...sekejap sangat masa berlalu, dah besaq dua org heroku ni. masing2 dah da prangai tersendiri..pening jugakla aku dibuatnya memandangkan aku terpaksa membesaqkan anak2 sorg diri sbb en hubby ku hanya balik hujung minggu jer memandangkan aku n en hubby terpaksa berjauhan utk seketika...

Aqil dgn prangai baru, suka nangis2, agak kureng nak dengaq cakap mama dia lagi, suka pukul2 mama, baling2 barang if dia rasa nak marah...kadang2 rasa gerrrrraaammm sangat, tp at da same time aku rasa sedihh juga tgk aqil, sbb myb dia rasa aku skang dah kurang bg tumpuan kat kehendak dia kot, maklumlah, skang aku dh da dua anak, so tak dapatla nak layan dia 100% cam dulu lagi....aku rasa sbb tulah kot skang ni suka sangat dia menangis, minta perhatian n kdg2 tu tiba2 jer dia dtg pukul aku... susah sebenaqnya membesarkan anak2 sorg diri, erm sesapa yg pernah berjauhan dgn somi, tahulah prasaan aku skang nie...(betul tak)...

crita ikmal plak, si kecik busuk masam tu, dah pandai menjulor ke sana sini, habis satu umah dia tolong mopkan lantai...hehehhe...agak agresif juga si kecik ikmal ni, mmg laju jer dia...penat dok mengangkut dia jer...en hubby suruh letak jer si kecik ikmal ni lam walker, tp rasa2 aku, takpalah, nnt2 dululah, sbb dia kecik lagi...aku leh handle lagi si kecik ikmal ni.... dah pandai ngacau mama time mama smbhyang, dulu aqil jer yg suka kacau mama, tp skang dah ada dua org yg akan kacau mama smbhyang, si kecik ikmal pon sibuk jer dok tarik2 sejadah n mcm2 la aksi dia...suka la,,,pelik kan aku nie,,,,suka sbb si kecik ikmal dah pandai, dh maju stapak ke depan lagi...paling aku suka bila tgk si kecik ikmal ni tersenyum, owhhhhh aku cair...

bila skang nie, aku sorg jer yg terpaksa handle anak2, aku rasa cam dah kurang bnyk aku ngajaq aqil cam b4 nie, dia lak asyik main jer, or ngadap tv jer...kalo dulu, en hubby da dekat ngn ktorg, aku rajin jugak ngajaq aqil i2 ini, erm risau jugak kalo aku terabaikan pljrn aqil...owhhhh...aku harus berubah, aku tak leh abaikan pljrn si aqil ni...mmg dia masih kecik lg, tp umuor 0 - 3 thn lah yang paling cepat dia absorb yg kita ajaq samada sec langsung or sec tak langsung... tulah, kalo anak2 tu brprangai yang kita nampak cam tak brapa elok, jgn terus marah, cermin diri sendiri dulu, ntah2 dia dpt dr kita sendiri....sbb skang nie kita lah role model depa...so, kalo kita rasa dia ikot prangai kita, silalah lempang diri sendiri dulu occay....ngeh3x...