I made this widget at MyFlashFetish.com.

10.20.2011

** JGN AJAR "MASALAH"


hahaha, tajuk macam hampeh kan... td pg kat skolah aku tu ada full raptai utk hari graduisi pljr2 form 5 sekolah aku esok ni, then aku ni adalah bidan terjun utk persembahan plajar...

berita apa pon takda, aleh2 pg tadi ada pengumuman utk raptai penuh, gelabah la budak2 yg nak wat persembahan ni, sebab gitar tak bawa, n ada yg tak datang sekolah... aku pon wat2 la gelabah sama, padahal tak pon...lantak hgpa la, awat tak habaq awai2, tak kan bebudak tu nak usung gitar ke hulu ke hilir...aku pon mngadu la kt senior tu, depan budak2 aku cakap la, kita ada masalah, pastu, terus si senior menepis (chewah) kata2 ku, hahah...ika, jangan sesekali ajar perkataan 'masalah' kepada budak2 ni....ooopsss...dia kat camtu, aku pon terkesima...chewahhh... so aku pon terus wat muka sekupang la....dia kata ajar dorang cam nak nk hadapi masalah tu, bukannya ada masalah....


boleh ker gitu, tak leh sebut perkataan masalah kah? aku keliru... hmmm... so aku pusing2 kepala aku kenapa si senior cakap kat si junior (aku ler tu) macam tu...

mungkin ada betulnya, kalo dah aku ni sorang cikgu asyik dok masalah, cmna nak pk jln pnyelesaiannyakan, benda memang dah terjadi, so jangn difikirkan lagi, cari je camna nak selesaikan masalah tu...

bukan senang yer nak jadi terbaik depan pelajar kita, macam tu jugaklah depan anak2 kita, kadang2 kita tak terfikir benda yang kita buat tu adalah kurang sesuai sebab nnt anak2 akan ikut sikap kita tersebut...

DAN SATU2NYA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ADALAH DENGAN MENGHADAPINYA...

10.19.2011

** BAYI PEREMPUAN KENA KELAR


Sedih aku baca HMetro tempoh hari. seorang pelajar perempuan iaitu ibunya sendiri sanggup mengelar bayi yang baru dilahirkan itu sebanyak 7 kesan kelar di badan...sanggup dia bertindak kejam hanya kerana perkahwinannya dengan pasangannya yang sama-sama terlanjur tu nak berkahwin tapi kuarganya tak bagi... yg kuarganya tu pon satu hal, dah lelaki tu sanggup nak bertanggungjawab, tp tak bagi kawin plak, dgn alasan jauh beza umoq depa dua tu...haiisssshhh...macam2 la hal dunia ni...sian sangat bila tgk bb yang dikelar hingga terburai isi perut dia..takut aku tgk...

apalah salah bayi tu, sedangkan dia langsung tak berdosa dalam hal ni,,...kenapa bayi luar nikah selalu jadi mangsa kekejaman manusia ni...sedangkan haiwan pon pandai sayangkan anak depa, ni kan plak kita manusia yang ada hati dan perasaan...


10.16.2011

AL KISAH SAKIT KEPALA


assalamualaikum, hahahha, ni ekceli aku ada tambah kelip2 kat tulisan dalam blog ni, so ni nak meneraila, jadik juga upanya..hehehehe...terer kan...hahahaha

dah alang2 aku nak menulis dalm blog aku ni, aku nak cerita sikit la alkisahnya aku yg suka sangat sakit kepala...kalo aritu tersangatla panas, maka kepala aku pon mulala nak berdenyut sehingga seminggu kadang2 tu, punyerlah seksa, nak bangun tiba2 mesti sakit berdenyut...

agak lama jugakla penyakit aku ni, tapi aku tak penah pon g chek, sebab aku anggap tu sebab panas yang melampau...n aku jugak tak berani nak mengadap ngan doktor...ngeh3...

so, tadi masa aku bosan2 tak tau nak wat pa, aku pon google ttg punca2 sakit kepala, n korang bacalah kalo korang juga mengalami apa yang aku alami...sakit...tensen bila sakit kepalakan...

Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.

v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus

v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian

Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).

v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.

v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.

v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

artikel ni aku jumpa dari web ni yang sangat bagus..thanks for da info


9.28.2011

** bila sudah besar

pic terbaru anak2 aku

Alhamdulillah, anak2 aku berdua dah pon besaq n sihat n ceria n banyak ragamnya n sangat2lah aktifnya...
Aqil (Abg Long) dah pon 3 tahun 3minggu n 3 hari n ikmal (adeq) plak dah setahun 5 bulan, 3 minggu n 4 hari... betapa cepatnya masa berlalu skang..n hari ni adalah hari terakhir bg bulan syawal, iaitu 30 syawal bersamaan 28 September 2011...

hmmm, suka aku tgk anak2 membesaq depan mata, bermain, menangis, tp kadang2 letihnya sangat2lah amat (kena ngn cikgu BM kompom kena sound ni, hikhik)...

adeq, suka sangat menggigit abg long, sian plak aku tgk abg long yg selalu kena gigit, tapi abg long, sangat la matured n sangatlah baik hati, walopon adeq slalu gigit abg long, tp abg long tak penah pukul adeq balik, (baik anak mama)...

kalo dulu2, aku pelik jugak tgk anak org yg suka menggigit ni, sbb dulu abg long tak pandai gigit orang, tp tgk2 anak no 2 aku ni suka plak menggigit. heehhe

so, adeq n abg long, jgn notty2, mama sangat2 penat, kadang2 mama marah ker, mama cubit ker, tp sebenaqnya mama saaaaaayyyyaaanaggggggg sangat kay dua2 org anak mama yg comel ni....


4.03.2011

** HAPPY 1ST BESDAY TO ADEQ IKMAL

Wajah Adeq yg pestime sambut besday....03042010 - 03042011

Happy Besday to adeq Ikmal, arini besday adeq yg pertama sejak adeq lahir ke dunia ni...
abah belikan kek yg sungguh yummy ni utk celebrate besday adeq... We all LOVE you so much...


Doa mama n abah semoga adeq dan abg Long sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T, dan adeq serta abg Long sentiasa dilindungi olehNya dari mara bahaya...

Hadiah utk adeq, abah belikan nnt yer....hehehehe....tunggu nnt mama masukkan dalam entry mama yg lain....

utk anak kesayangan mama, abah n abg long, enjoy dis song...

Slamat hari jadi,
Slamat hari jadi,
Slamat hari jadi adeq,
Slamat hari jadi.....




3.13.2011

** aku masih hidup....

heheheh....macam biskut, sekejap ada sekejap takda...

alhamdulillah, aku masih lg idup kat dunia yg indah ni..hehehe....

aqil n ikmal dh smakin membesaq skang nie, dua2 sudah banyak ragamnya.... si abang dh 2 thn stengah, adik plak sbelas bulan, bln dpn genapla umoq adik setahun...

cepat sgt masa skang nie, pejam celik pejam celik adik dah pon dekat stahun...

n skang aku dh dok umah baru kat kl, n start ngajaq kat serdang, alhamdulillah sekolah ni agak ok disiplinnya kalo nk cmpare ngan skolah lama dulu....

entry pendek2 cukup, sbb aku mmg pemalas nk taip n ngarang2 walopon satu ketika dulu aku penah jd ckgu bm n amat marah kalo karangan bdk2 tu pendek...hehehhehe

aku kan cikgu.......sian korang