I made this widget at MyFlashFetish.com.

10.16.2011

AL KISAH SAKIT KEPALA


assalamualaikum, hahahha, ni ekceli aku ada tambah kelip2 kat tulisan dalam blog ni, so ni nak meneraila, jadik juga upanya..hehehehe...terer kan...hahahaha

dah alang2 aku nak menulis dalm blog aku ni, aku nak cerita sikit la alkisahnya aku yg suka sangat sakit kepala...kalo aritu tersangatla panas, maka kepala aku pon mulala nak berdenyut sehingga seminggu kadang2 tu, punyerlah seksa, nak bangun tiba2 mesti sakit berdenyut...

agak lama jugakla penyakit aku ni, tapi aku tak penah pon g chek, sebab aku anggap tu sebab panas yang melampau...n aku jugak tak berani nak mengadap ngan doktor...ngeh3...

so, tadi masa aku bosan2 tak tau nak wat pa, aku pon google ttg punca2 sakit kepala, n korang bacalah kalo korang juga mengalami apa yang aku alami...sakit...tensen bila sakit kepalakan...

Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.

v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus

v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian

Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).

v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.

v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.

v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

artikel ni aku jumpa dari web ni yang sangat bagus..thanks for da info


No comments: