I made this widget at MyFlashFetish.com.

6.27.2009

**TAHNIAH!!!

TAHNIAH....kepada asmieyra(sungguh kreatip) kerana telah memenangi EFFIE'S TELEKUNG BAG yang cantik meletop hasil kreativiti kerja tangan CIK AS yang yang mempunyai kedainyer di TOTEBOUTIQUE


TAHNIAH juga kpd mama kerana telah terpilih utk memenangi bag yang cantik, stylish, melecun, seperti di bawah ini...



akhirnya, mama dapat juga merasa bag yang cantik keluaran TOTEBOUTIQUE


time kasih bebanyak kpd Cik As kerana sudi menganjurkan giveaway ni.....

6.24.2009

**MENGGODEK

hmmm....liatnyer nak bangun pg esok n nk mandi
sengihnampakgigisengihnampakgigi

esok sekolah mama buat persekolahan satu sesi sajer sbb esok parent dtg ambik slip peksa anak diorang...n hari koperasi sekolah...
love sedapnyer...macam2 ader...

malam ni aktiviti mama cuma dok godek2 web utk tambah perabot dalam rumah mama nie, n inilah hasilnyer...

aqil sudah lena di ulit mimpi, abah tak der malam nie kerna abah terpaksa kerja malam...
nangih tinggalah daku and anak ku sayang tido berdua....

banyak lagi yang mama nak masukkan dalam blog nie, tp so far ini dulu ler kot, ini pun mama dah rasa puas hati sangat...
tepuktangan clap, clap....

6.13.2009

**CAN U READ?

> I CAN READ IT! CAN YOU?
> Ada sesiapa yg boleh baca ayat berikut?
>
> (Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya
> waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf
> stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf
> peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-
>
> fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
> Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
>
> i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
> The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at
> Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a
> wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer
> be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll
> raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not
> raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
> yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed it,
>peasle lveae a cmomnet...

ekceli, ni dapat email dr bro mama, so mama nak test my fren kat blog lah plak....kuikuii

**KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yang lazim adalah antara 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8 - 15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yang lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bagi wanita yang tidak subur, tiada satu pun telur yang akan membesar.

Pada masa yang sama, fasa proliferatif di mana lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. Setelah ovulasi, hormon progesteron yang dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sebagai persediaan menerima kehadiran embrio.

Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bagi setiap wanita subur. Namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil.

Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14). Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yang sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yang mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari.

Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang. Kalendar kitaran haid Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur. Paling subur Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.

Waktu berjaga-jaga Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan. Paling kurang subur Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.


dipetik daripada majalah Pa & Ma keluaran Jun..so sesapa berminat boleh dapatkan majalah Pa & Ma sekarang....ehee..promote free bebb...

** ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST



Contest lagi...hehehe..
kali ni contestnyer datang dari ::Z.A.R.A.S.H.O.P.P.E::

tarikh tutup contest ni adalah 30 JUN 2009...so..HURRY UP..jangan ketinggalan

sebab.....

hadiahnyer mmg sangat menggiurkan....

nak tengok ker ????

scroll down ur mouse
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taaaadaaaaa. (special utk abah)


syarat2nyer...kalo nak tau...jz klik here..

inilah gambaq abah n aqil...




Momen terindah...

bagi mama, setiap saat yg kami lalui adalah saat yang terindah dalam hidup mama...gambaq ni di snap oleh adik mama ketika kami pergi ke PD...lepak2 sambil makan2 di tepian pantai...masa ni, Aqil tersangatlah mengantuk n menangis2..tengoklah mukanyer yg moody tu...so, abah pun kasihankan anaknyer, jd abah cuba menidorkan aqil mcm abah slalu buat masa aqil baru di lahirkan...rasa bahagia tgk pic ni sbb pic ni menunjukkan betapa sayangnyer abah pada Aqil...we love u Aqil...tau tak apa yg abah cakapkan kat Aqil masa tu,??sebenaqnyer Abah bersolawat. cam biasa r, nk bg aqil tidoq, kena solawat, baru mau pejam matanyer...abah and aqil, mama love both of u...happy fathers day ayah(EN ISHAK) and abah (EN AZLI)....

6.12.2009

** POUCH SLING

mama buat n3 ni adalah khas utk bigeyesshop. sebenaqnyer bigeyesshop buat POUCH SLING giveaway, so mama nak try lar, mana tau, mama berpeluang utk dapat POUCH SLING yang meletop tu...nak rambangkan lagi mata anda, jom gi kedainyer...klik sini...



setiap peraduan mesti ada syaratnyer kan, so jom kita layan Syarat-syaratnya:
  • Ceritakan serba ringkas mengenai BABYWEARING dan Giveaway ini di blog anda. (seperti babywearing memudahkan anda mengendong bayi atau menyusukan bayi dan sebagainya)
  • Sila tinggalkan komen dan sertakan URL anda, bagi memudahkan BigEyesShop menilai penyertaan anda.
  • Add Big Eyes Shop di blogroll/bloglist anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda boleh email ke bigeyesshop.shada@gmail.com agar dapat bersama-sama menyertai giveaway ini.
  • Anda boleh menyertai lebih dari satu penyertaan.
As simple as ABC kan, so jom kita pakat2 join...psttt!!!!closing date 30 June 2009 tau...

skang tibanyer masa mama nak ceritakan serba ringkas ttg BABYWEARING...

babywearing ni biasanyer kita gunakan utk gendong anak kiter supaya lebih mudah n selesa utk di bawa berjalan...xpayah nak rumit2 n sesakkan kereta semata2 nak masukkan stroller yg sudah tentu baby tak akan duduk lama.. (betoi tak)..n yang pasti dgn menggunakan baby wearing ni, bb kiter akan lebih tenang n rasa selamat seolah2 kiter yang memeluknyer...kan senang ibu2 mama2 ummi2 semua nak g shopping...setuju tak? so, jom kiter dapatkan satu babywearing di BigEyesShop hari ini juga...cantik2 tu mama tengok..ada BABY POUCH SLING n BABY RING SLING juga...kedua2 jenis ini sangat bagus utk mommies semua...

KEISTIMEWAAN BABYWEARING

1. (KURANG MENANGIS)
Bila kita gendong anak kiter gunakan babywearing nie, bb kiter tidak akan mengamuk atau menangis, kecuali lah lapaq...sebabnyer satu jer, bb rasa seolah2 kiter yg tengah peluk, padahal kain yang peluk diorang...

2. (SELAMAT)
bila parent gunakan babywearing utk bawa bb nyer jenjalan, maka tak perlu risau akan kehilangan baby tersayang...kerana baby yang berada di dalam babywearing akan sentiasa bersama ibunyer ke mana saja ibu pergi dan tak akan terlupa walau utk sesaat seperti mana semasa kita mengandungkan bb dahulu...ke mana saja ibu pergi, di situlah ada bb...banyak kes kehilangan bb adalah bila ibu menggunakan stroller dan if bila ibu alpa walau sesaat, bb sudah tiada di depan mata...sedihkan kehilangan bb tersayang...

3. (BREASTFEED)
dengan menggunkan babywearing, aktiviti brestfeeding akan menjadi mudah, tak perlu lagi kiter pergi menyorok utk menyusukan bb, cari tempat utk susukan bb..kerana babywearing boleh mengcoverkan anda...dan bb juga akan enjoy semasa breasfeeding tersebut...even semasa anda tgh rancak bershopping pun bb boleh menikmatinya...

4. (MUDAH LENA)
bb juga akan mudah lena bila berada di dalam babywearing..dan tak perlulah anda bersusah2 nak dodoikan bb lg...kalo kat rumah, bb tak mau tido, masukkan dia dalam babywearing, jalan2 pusing ruang tamu, nnt bb akan terlena sendirinyer, tak percaya ker? kan babywearing umpama berada di dalam dakapan ibu...

5. (ERATKAN HUBUNGAN)
baby akan rasa lebih dekat ngan ibu bila berada di dalam babywearing berbanding stroller..ini kerana bb boleh merasakan denyutan jantung ibunyer seperti mana bb berada di dalam perut ibu..kasih sayang akan berkekalan...so JOM RAMAI2 SERBU Kedai BIGEYESSHOP tuk shopping babywearing...

sebenaqnyer banyak lagi, tp dah xlarat nak taip...

tp AWAS, bila kata babywearing selamat, jangan plak mama2, ibu2, ummi2, semua nak gi wall climbing pun nak bawa bb dalam babywearing plak...agak2 lah yer...satu lagi, kalo nak memasak ker, nak cuci kipas ker, syiling ker, jgn bawak bb skali...bahaya...

6.11.2009

** ALKISAH ANAK

Tag ni mama dapat dari Ummi Khayra...

jom layan tag ttg anak nie...

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
@ seorang
@ Little Hero

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?:: planning??
@ planningnyer nk tunggu Aqil berumur 2 tahun lebih spy nnt Aqil dpt adik umo nyer pun dh 3 thn

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
@ nama : AQIL FAHEEM BIN MOHD HAIRUL AZLI
@ makna: AQIL ~ bijak, berakal FAHEEM ~ faham = Akal yang faham

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
@ mama and persetujuan abah ler...

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
@ idea tu datang dari buku....wakaka...ekceli, mama nak cari nama anak yang bermula dengan HR...tp nama2 yg mama jumpa cam kurang sedap jer...so mama n abah tukaq kepada AF ~ (nick name mama n abah)

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
@ Yang sedap bunyi n maknanya n sdh tntu bermula dgn AF jugak...

7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
@ 5 Orang ~ 3 Little Heroes & 2 Little Princess

8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan . berapa jarak beza umur anak anda?
@ .................................

9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
@ Kalo bleh nak Little Princess lak...sbbnyer baju princess kan cantik2..geram jer tiap kali g bb department tu...

10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?:: ciri?
@ ramai ckp hidung sama ngan mama n abah cakap suka majuk cam mama jg...:)) n suka cakap pun cam mama...pot pet pot pet

11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


talk to may paw

@ ok, nak tag sape plak yer :-
1. Yatie Chomeyl
2. Mama Qaisara - Journal Of My Baby
3. Ninaasno - our journey our story
4. Kak Ina ~ Our Dream of Life
5. Ibu Umairah


p/s : sesapa yg sudah menjawabnyer, sila abaikan yer.
: and kepada sesiapa yang sudi menjawabnyer....di persilakan...


6.10.2009

** 2 IN 1

Tag pertama mama dapat dari Marya pada (14 Mei 09)...sory Marya, terlewat plak nak menjawab tag yang u bagi...so jom kita layan tag dari Marya...

1. Use Google image to find the answer
to the questions below as rules.And after that Tag 7 people.

1.Wish


2.The City I Was Born In



3.The City I Was Working In



4.A Place I'd Like To Travel



5.A Favourite House?



6.A Favourite Animal?


7.The People I want To Tag


Ema - Red

Na-Seharum Kayu Manis

Jiey - Kerna Kasih Kita

Ummi Khayra - Little Khalifah and us

Yan -Mayaqarmyla

Donia83

...............................................................
..................................
.............

Tag 2 (From Ema - Red)

l
e
1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
- rasanyer 2 minggu lepas, mama xsuka cuci toilet, biasanyer abah yang buatkan...

2.pencuci apa yg anda guna?
- biaselah, Harpic Active Cleaning

3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
- malasnyer mop, biasanyer mama mop hujung minggu jer, kiranyer skali la seminggu...kongsi2 mop ngan abah, kahkahkah...

4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
- balik dari sekolah, main dgn Aqil (abah ambik Aqil dulu), mandi, solat n makan...nyum3

5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
- biasanyer mama masak siap utk malam, so kadang kalo mama xbuat lunch, makan magge pun jadi ler..ngeeeee

6.minuman yg anda buat setiap pagi?
- milo....sedap tau...

7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
- solat isyak ~ wajib tu...
- siap2 botol susu Aqil ~ botol, susu, air panas, air masak sume tepi katil jer...sonang...
- tidokan Aqil ~ slagi Aqil tak tido, mama xleh tido
- ZZZzzzzZZZZ..tido ler....

8.harus menjawab tag ini?

- Ummi Aleesya
- Wan Anis Sorfina
- yokoyopoyo



6.08.2009

**MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

MomBloggersPlanet and kengkawan setianyer (PhotoBook Malaysia dan AliceWonders) sungguh bermurah hati nak kasi hadiah kat baby yang cute miut ni...Adakah Aqil pemenang tempat pertama, kedua, ketiga ataupun saguhati...tentulah Aqil akan membawa pulang hadiah tempat pertama...ngeeee(mama terlebih perasan).

Mula2 Jom tengok apa hadiahnyer...

1x 1st Prize :


  • One Medium Landscape or Medium Portrait HARDCOVER Photobook by PhotoBook Malaysia (worth RM144)

inilah bag yang mama akan pilih
  • One bag of his/her choice (pick ANY bag) from AliceWonders (worth from RM50-RM200)

1x second prize:-

One Medium Portrait or Medium Portrait Classic SOFTCOVER PhotoBook by Photo Book Malaysia (worth RM80)

1x third prize:-

One Large Landscape POSTER by PhotoBook Malaysia (worth RM68)


3x consolation prize:-

One PurseHook each from AliceWonders (worth RM20)

So, jeng...jeng...jeng...inilah CALON nyer utk CUTEST BABY IN RED

AQIL FAHEEM

So, nak introduce skit pasal anak mama yang bertuah ni...ngeeengeee

Namanyer AQIL FAHEEM BIN MOHD HAIRUL AZLI
Selamat di lahirkan pada 04 SEPTEMBER 2008 pukul 5.00pm tepat pada bulan pose iaitu pose yang ke4. (8 bulan 5 hari).

mama nak masuk juga contest ni sebabnyer mama rasa aqil layak untuk dapat tempat pertama dan aqil sememangnyer layak......pertama sekali, anak mama nie, Aqil adalah sorang budak yang sangat cute n naughty..tengokler gambaqnyer...cute kan? kalo bleh mama nak tempek banyak2 gambaq CUTE Aqil, tp biasanyer syarat peraduan satu gambaq jer, so yang lelain, mama peram jer kat lappy mama..

and satu lagi, tengoklah baju Aqil, mmg RED n sesuwai utk menang...yahhoooo....

So kengkawan.....

@jom serbu MomBloggersPlanet untuk join contest ni b4 15 June 2009

HURRY UP!!!!!!!
@jom klik sini utk tengok photobook yang memang menarik n giler2 kreatif
@jom ke sini plk utk pilih bag2 yang marvelous cutest bag in da world...


6.07.2009

**PERSONALITI KANAK2


Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya.

Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak.

Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis.

Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mak cantik’ dan “anak mak sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.

Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak ibu” dan “wanginya anak ibu”. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.

Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.


Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembang dengan lebih baik.Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri.Malah, kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan.

Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan.

Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu. Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.

Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi.

Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya.

6.04.2009

**QLATE / KELANTAN / KLANTAN

dah bersawang blog mama rasanyer, maklumler mama cuti lama di kampng...bila dah balik kampung, mama dah tak ingat nk berblogging nie, yang mama tau, hari2 menyembang jer ngan adik beradik mama...jangan jeles yer kengkawan, mama kan cuti 2 minggu...hip2 hoooreeeyyyy....

ok, masa awal cuti baru nie, mama, abah, aqil n kuarga mama pegi jalan2 di Kelantan...niat di hatinya nak cari baju raya,,,ngeeeengeeee...pose pun blom ganti habis lagi, dh ler sebulan mama tak pose (malas toi)..huhu..ekceli bulan pose tahun lps mama dalam pantang, lahirkan si Aqil....sesapa ada petua utk merajinkan diri menggantikan pose...tolong kongsi2 yer...
tutup bab tu, jom jengok plak bab mama g Qlate ngan famili mama....

jom tengok gambaq2 mama n famili sms trip ke klate..

Gambar first ni mama ambik masa mama n famili behenti rehat kat satu tempat makan, cam tempat peranginan gitu, angin nyer..perrgghh..syiok giler kat situ...sejuk jer..ekceli gambaq ni di ambil berlatar belakangkan bukit...mama atas bukit yang tinggi gitu...takut jer bila pandang ke bawah...rasa cam nak flying without wing jer...ekkekkke...mati katak mama kalo wat cenggitu..

hari pertama tu, mama n famili pegi round2 kat Rantau Panjang di Pasir Mas..pasir perak tak der yer.....alkisah orang....memang ramai...mujuq hari tu, cuaca agak mendung, so tak lah Aqil berpanas kat situ n berhimpit2 ngan orang...mama n famili pusing2 situ n petang baru kami sambung perjalanan ke Machang...tempat utk kami bermalam....

oopsss...gambaq yang bawah skali tu gambaq Masjid Muhammadi...di situlah mama n famili singgah utk solat zohor pada hari kedua mama n famili di kelantan...masa hari kedua tu, mama round2 bandar KB jer...kan hajatnyer nakk cari baju rayer...kuikui...so round pasar CT Khadijah n Pasar MPKB n sekitar bandar KB (Kota Bharu)...


syiok dapat jalan2 tgk negeri orang kan...mace2 loghat yg kuaq...

abah n aqil sedondon, mana baju hijau mama? ngeeee...mama kureng sket wana hijau, n sebetoinyer mama takder baju (blouse or shirt) yg berwarna hijau...so pink pun orait kan...sweeettt gitu...


last pic ni mama nak tunjukkan betapa ceria2 cikgu rafikah bersama hubby n bb nyer sms pegi bercuti...mama suka jalan2...apatah lagi ngan abah n aqil n semua kerabat mama....

gambaq grayscale aqil moncong tu bukan sbb tak best, tp dia tak ready gitu...hahaha....cover ler tu...