I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

8.06.2009

**BALASAN DRPD ALLAH

mcm2 penyakit skang nie, yang tgh hangat skang, H1N1 (selesema babi)..cpt sgt merebak, dan yg pling kita risau ni, dh ada kes kematian 12 kes smlm la...hari2 akan dtg mama doa dh takdalah kes kematian...sedih...kbykan kanak2 n melibatkan org yg mmg dh ada pnyakit mcm asam asma ker, buah pinggang n lln...ibu2 mengandung pon berisiko, oh kawanku sdg mengandung skang, Ya Allah, kau lindungilah kami semua dr penyakit ini, ya Allah....
kdg2, cuba kita fikir balik, apakah sbb ni semua berlaku? adakah Allah murka dgn kiter semua....adakah ini balasan dr Allah kerana kiter skang smkin alpa dgn perintahnya? tp mama rasa, ini adlah kerana sikap segelintir dr kita yg semakin alpa dgn ajaran Allah dan balasan nya sudah tentu semua umat akan terkena mcm kes tsunami dulu...

dengaq citer di sekolah2 akan dibekalkan dgn mask, tp sampai skang tak nampak batang hidung apa2 pon...mama dok keja kat sekolah, mula jd risau, ada jer bdk demam, nk dekat pon mama sdh takut (kes berat ni)huhu...

smlm adik mama ym dgn mama...ikuti perbualan kami:

mat_ko : KUIN dh kuarantin
affik01: ramaika yg kena?
mat_ko: ramai jg, suspek dlm 100lbh
affik01: ramai giler, takutnya, hg ok ker?
mat_ko : gamak hg no, aku ok lah, ramai pompuan, baru suspek, yg betoi2 tak tau bpa org
affik01: legalah gitu, hg mgkin tak kena, kan jauh dr hostel n pompuan
mat_ko:hostel dkt ja, laki ada juga, tp tak lah ramai sgt, sok aku nak wat test...nak cek juga..
affik01: ok lah gitu, aku risau jg, hg balik kg stg, baik cek awai2...

itulah antara perbualan mama dgn adik mama yg hensem baik tu...ya Allah, kau lindungilah adikku...

emak i ada gitau juga, adik pompuan yg kat kl tu gitau petuanya (tak taulah minah tu cedok dr mana)...rendamkan jintan manis dalam air masak (panas) n minumlah...sbg pertahanan diri n yg paling penting mintalah doa dr Allah, Dialah yang lebih berkuasa...

ini doa yg my big bro emailkan kt mama smlm...



**update :1 liter ayq panas = 2 sudu jintan manis

tuang ayaq atas jintan mnis (supaya enzim2 tak lari keluaq)

TAKTAULAH, NAK TRY, TRYLAH, TAK MAU TRY PON TAK PA...

4.19.2009

**IBU ATAU PASANGAN????????

Lagu untuk Ibu oleh Brothers

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

________________________________________________

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku

Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Di copy dari iluvislam.com (thank u very much)

selepas mama membaca kata-kata di atas, mengalir air mata mama...terasa insaf dengan kekurangan diri...sesungguhnya ibu bapa adalah orang yg amat mulia dan janganlah sesekali kita lupakan mereka.  kerana...

tanpa ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, tiadalah wujudnya kita di dunia ini...
tanpa penat lelah mereka mencari duit untuk memberi pelajaran kepada kita, tiadalah kita peroleh apa yang kita miliki sekarang...
tanpa restu yang diberikan oleh mereka, tiadalah kita berada di alam kesenangan hari ini...
 Ibu dan bapa tak pernah lupakan kita sepanjang hidup mereka, adakah pasangan kita akan mampu mengingati kita seperti mana kedua ibu bapa kita???

MAK, IKA SAYANG MAK, IKA CINTA MAK, IKA RINDU MAK......
AYAH, IKA SAYANG AYAH, IKA CINTA AYAH, IKA RINDU AYAH......

4.18.2009

**Nasi oh Nasi

sini mama nk ceritakan 1 kisah....lucu ada, sakit hati pun ada.  cerita ni berlaku pd kwn sekerja mama, satu hari tu, kwn mama bawa bekal nasi (yg dibelinya dr kedai makan), kononnya xsempat masak arini,kawan mama, as usual, akan simpan nasi tersebut di dalam drawer meja dia.  so ari tu, kwn mama ada kelas, straight 4waktu, dia pun pegi tunaikan tggungjawab dia walaupun perut dia dh mula bernyanyi-nyanyi.  hbs jer waktu yg ke4, dgn senang hatinya dia, pergi basuh tangan and buat air utk makan bekal yg dibeli td, tiba2 bila di bukanya drawer, jeng...jeng....jeng....." di mana nasi aku?????????????kawan mama menjerit mencari nasinya yg sudah hilang ntah ke mana...frust dia, sdh ler kelaparan, nasi plak bleh hilang....u all rasa lucu tak, zaman semoden ini pun masih ada lg insan yg kebuluran yg mahukan nasi percuma aka nasi curi....eeeee geli mama memikirkan jika makan nasi yg dicuri tu...tp kitorang semua rasa, ini kes student kitorg yg mybe dengki atau nk kenakan kwn mama tu, mklumla, kita sbg pengajar ni mmg selalu di benci oleh student..masalah yg kitorg hadapi ialah, kitorang langsung tak dapat cari bukti utk tangkap si kebuluran tu, sebabnyer, mmg langsung tiada bukti. missing without a trace..so, kwn mama yg kelaparan itupun terus hidupkan kereta, vrooom pegi utk mencari pengganti nasi yg hilang tersebut.  sian juga mama tgk muka dia yg kelaparan + ketensenan (opps lg skali ayt merapu).
itu jerla yg mama nk ceritakan, n mama hrp kes2 begini tak berlaku kpd ank2 kita yang comel2, so didikan agama itu sgtlah perlu...kerana budak zaman sekarang sukar utk ditegur...
wassalam

4.16.2009

**JZ FOR BAPA2 - sekadar renungan

 Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -

 meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainla dia, sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

 Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
 tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
 marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta  itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

 Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
 yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
 Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
 beristighfar.

 Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
 tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
 mengatakan

 "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
 buat?" herdik si isteri lagi.

 Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
 dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

 Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
 rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

 Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
 menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak

 tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

 Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
 sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan
 sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan
 anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
 pembantu rumah.

 Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
 rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

 Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
 menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

 Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si
 ibu
 juga
 begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

 "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

 "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

 Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
 Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.

 Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
 badan Ita terlalu panas.

 "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
 itu.

 Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
 mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

 Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
 kanak-kanak itu.

 "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
 kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
 teruk.

 "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
 ke bawah" kata doktor.

 Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
 itu.

 Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu

 meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
 isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
 pembedahan.

 Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan

 habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
 kedua-dua

 tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke

 wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..

 Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
 linangan air mata..

 "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
 mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

 "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
 buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu  mendengar kata-kata anaknya.

 Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…


 VS    

gambar hiasan                             Model  Aqil - jd bb girl