10.20.2011
** JGN AJAR "MASALAH"
10.19.2011
** BAYI PEREMPUAN KENA KELAR
apalah salah bayi tu, sedangkan dia langsung tak berdosa dalam hal ni,,...kenapa bayi luar nikah selalu jadi mangsa kekejaman manusia ni...sedangkan haiwan pon pandai sayangkan anak depa, ni kan plak kita manusia yang ada hati dan perasaan...

10.16.2011
AL KISAH SAKIT KEPALA

1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.
2. MigrainIa merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.
v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.
4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur DarahIni adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.
5. Penigkatan Tekanan Pada OtakTekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.
6. Keradangan Pada Selaput OtakIa mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.
7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian KepalaIni mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.
8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit TelingaPenyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.
10. Penyakit-penyakit Mata Dan OrbitTumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.
11. Punca Toksik Dan MetabolikJangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor Pencetusv Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.
v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.
artikel ni aku jumpa dari web ni yang sangat bagus..thanks for da info
9.28.2011
** bila sudah besar
Alhamdulillah, anak2 aku berdua dah pon besaq n sihat n ceria n banyak ragamnya n sangat2lah aktifnya...
Aqil (Abg Long) dah pon 3 tahun 3minggu n 3 hari n ikmal (adeq) plak dah setahun 5 bulan, 3 minggu n 4 hari... betapa cepatnya masa berlalu skang..n hari ni adalah hari terakhir bg bulan syawal, iaitu 30 syawal bersamaan 28 September 2011...
4.03.2011
** HAPPY 1ST BESDAY TO ADEQ IKMAL
3.13.2011
** aku masih hidup....
11.08.2010
** MISSING U
utk 6hari yg pertama aku tinggalkan aqil di rumah toknya di kg, stiap kali aku kol, mak aku gtau aqil happy jer, tak bertanyakan ttg aku, tp ntah camna hari yg ke7, hari ni, dia teringatkan aku, asyik bertanya mana mama, n dia duduk jer dalam bilik.....aku sedih sangat bila aku tau hal ni dr adikku...
dia sedih hari ni, mungkin dia rasa aku dah lama tinggalkan dia...aqil, kalolah aqil boleh baca coretan mama ni, mama pada waktu ni amat2 rindukan aqil n pada waktu mama menaip ni, mama sdg menanhis menahan rindu mama kat aqil...mama sayang aqil tp mama tak boleh bawa aqil skali sebbb mama sedang berkursus... adik ikmal mama bawa pon sbb adik ikmal masih lg manyusu bdan n ada seorg makcik yang baik hati di pulau ni yang sudi jg adik ikmal...kalolah mama boleh bawa kedua2nya ke pulau ni, sudah tntu mama akan bawa aqil dan adik skali, tapi mama tak boleh bawa kedua2nya...maafkan mama aqillll....
15hb ni mama akan balik, pastinya org pertama yg mama nak jmpa n pelok cium adalah aqil..mama rindu kat aqil....mama seksa juga duduk di sini...mama xbahagia jugak duduk sini sbb aqil takda skali ngn mama,,...kita tak pernah berjauhan sayang, nilah kali pertama kita terpaksa berjauhan...
aqil, kuatkan hati aqil, nnt mama ttp akan pulang di sisi aqil...
01/11/2010 - 15/11/2010 (KURSUS INDUKSI D PULAU PANGKOR)