I made this widget at MyFlashFetish.com.

6.13.2009

**KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yang lazim adalah antara 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8 - 15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yang lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bagi wanita yang tidak subur, tiada satu pun telur yang akan membesar.

Pada masa yang sama, fasa proliferatif di mana lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. Setelah ovulasi, hormon progesteron yang dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sebagai persediaan menerima kehadiran embrio.

Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bagi setiap wanita subur. Namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil.

Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14). Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yang sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yang mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari.

Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang. Kalendar kitaran haid Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur. Paling subur Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.

Waktu berjaga-jaga Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan. Paling kurang subur Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.


dipetik daripada majalah Pa & Ma keluaran Jun..so sesapa berminat boleh dapatkan majalah Pa & Ma sekarang....ehee..promote free bebb...

3 comments:

yatie chomeyl said...

tak dpt beli mjlh pa & ma..nsb baik mama Aqil share kat sini...berguna info ni utk family planning ku nanti hihihi..thanks 4 sharing ;)

Jiey^Mien said...

takut la nak plan sdr ginih.. takut terbabas.. :P

Yan said...

adeh pening pulak nak memahamkan prosesnye tu..

tp pasal kitaran haid smpai 35 hari tu yan taula.. wlupun ramai kawan kata cume 28 hari.. klu nak surekan ngandung ke tak.. kenela tunggu smpai hari ke 35 bg yg normal haidla..yg tak tetap tu susahla skit..