I made this widget at MyFlashFetish.com.

7.18.2009

* A.B.C


Hai semua, arini Aqil nak ajar kwn2 aqil ABC (air batu campur),jelir

ok, ni adalah aktiviti Aqil di rumah, kalo nangis jer, tunjuk buku ni, terus senyum, tp kalo kita tunjuk mainan lain, dia wat xnampak jer...ni petanda baik, aqil suka buku, hip...hip...hoooreeeyyy...(hrp2 aqil akn suka buku smpi bsq)

oleh sbb aqil suka buku, ini salah satu alasan yg mama akn guna utk beli byk lg buku...menarisbb mama pun suka buku..tp masalahnya, aqil tak suka tgk education dvd? kenapa? mama pun mulalah mencari sbb dan alasan...mama rasa ni mungkkin jg sbb mama jrg galakkan aqil tgk tv di rumah...sriusly mama ckp, mmg mama jrg buka tv di rumah, kecuali mlm..itupun bila aqil sudh nyenyak..

so camna yer nak buat, mama ada belikan bbrpa keping cd utk aqil, dr cd lagu hinggalah cd fairy tales, tp smua dia wat tak tau ja, geram mama, langsung dia xlayan...tension

tp, tak palah, slow2 la mama buat, kot2 terbuka pintu ht aqil nak layan cd plak pas ni...huhu...

7.09.2009

** TEKANAN PERASAAN

emosi skang tak bpa nak stabil, sekejap ok, sekejap ko,...ni tak lain puncanyer dari bos mama...mama bukan nak memberontak ker apa, tp sejak dia jd bos mama (baru bertukar ke skolah mama)mama rasa tertekan, sikit2 semuanyer salah kitorang (cikgu petang)..kelas kotor, kerusi meja pecah, disiplin terok, akademik terok...semua cikgu petang salah...(rendah sangat ker cikgu petang nie???) merajuk

padahal, dia tak tau, yang kami ni dah separuh mati nak control bebudak tu, tapi degilnyer budak2 tu, sampai kami pun dah tak tau nak wat camner lagi skang nie...stakat maki2 cikgu tu, dah jd perkara biasa, hari2 kami kena maki...tegoq jer, kena maki ngan bebudak tu, tapi kami masih bleh sabaq, sbb kami nie cikgu, tahu nak control perasaan...kalo terlalu ikutkan perasaan maunyer kami yang dapat penyakit darah tinggi...tapi itulah, orang yang tak lalui, mmg akan bercakap mcm2, tp org yg pernah laluinya, takkan cakap apa2, sbb depa pun paham camner...

skang ni, dia cari pasal plak, katanya budak2 cina tu tak pandai bahasa melayu, sbbnyer cikgu tak pandai mengajar, cikgu tak kreatif..tensen mama...nak kreatif camner lagi, kalo dah bebudak tu mmg yang tak reti nak dok diam...oleh sbb skang bm bebudak tu resultnya amatlah tidak memuaskan hati, makanyer, skang sejam stengah sebelom waktu p&p, akan diadakan kelas pemulihan utk bebudak yg tak tahu membaca tu, cikgunyer, masih juga kami...so sama ler...kan ker kata kami tak pandai ngajaq, cari ler cikgu len yang dia rasa leh bagi bebudak cina tu pandai Bm...apa yg kami cakap pun, bebudak cina tu tak paham,,susah tak kalo cenggini?nak minta duit yuran pon payah, xpaham bahasa melayu, masih salah kami ker?soal

tak taulah nak cakap camner, hanya jauhari mengenal manikam(chewah, toi ker ni, mai sumbat jer)...

dah lama senyap dalam blog nie, tetiba tulis jer terus nak marah2 yer....ok ler skali skala nak lepaskan tensen kat sini...nak lepas kat skolah, kang tak pasai2 kena posting ulu2 kang...jelir

sesapa yg jadik cikgu tu, mungkin paham ler prasaaan mama ketika ini...dgn keja menimbun, tekanan keja, perasaan, mental ok lagi stakat nie...sengihnampakgigi

7.03.2009

**FREE BABY DIAPERS

Lamanyer mama menyepi dr blog nie, ekceli bukan totally menyepi, mama hari2 jengok umah mama n kengkawan mama, cuma mama sepi dr menghias umah mama ni dgn n3 terkini jer. bila dah start keje, mama mmg macam tak cukup masa jer nak menaip, apatah lagi nak memerah idea utk menaip nie...penat dok garupale memerah ideafikir

ops, dah tersyasyul plak...k, (Khamis, 02 Julai 09), mama mendapat satu bungkusan dr mamypoko,menari mama dgn gelojohnyer terus membuka bungkusan tersebut n mama dapati ada 2 sample baby diapers Mamypoko utk diberikan kpd little hero mama, alhamdulillah....dapat juga sample yg mama tertunggu2, ternanti2 tu...tp mana sample dr huggies? soaldah lama mama request utk free sample, tp sampai skarang blom nampak batang hidungnyer...tup2, mamypoko yg jelma dulu, sdgkan mama request utk huggies awal dr mamypoko, or mama yg tersalah isi maklumatnyer??? ..neway, takperlah, aqil mmg guna huggies pong...sajer suka2 nak brg free...I LIKE...


cute baby2 pakai diapers...

6.27.2009

**TAHNIAH!!!

TAHNIAH....kepada asmieyra(sungguh kreatip) kerana telah memenangi EFFIE'S TELEKUNG BAG yang cantik meletop hasil kreativiti kerja tangan CIK AS yang yang mempunyai kedainyer di TOTEBOUTIQUE


TAHNIAH juga kpd mama kerana telah terpilih utk memenangi bag yang cantik, stylish, melecun, seperti di bawah ini...



akhirnya, mama dapat juga merasa bag yang cantik keluaran TOTEBOUTIQUE


time kasih bebanyak kpd Cik As kerana sudi menganjurkan giveaway ni.....

6.24.2009

**MENGGODEK

hmmm....liatnyer nak bangun pg esok n nk mandi
sengihnampakgigisengihnampakgigi

esok sekolah mama buat persekolahan satu sesi sajer sbb esok parent dtg ambik slip peksa anak diorang...n hari koperasi sekolah...
love sedapnyer...macam2 ader...

malam ni aktiviti mama cuma dok godek2 web utk tambah perabot dalam rumah mama nie, n inilah hasilnyer...

aqil sudah lena di ulit mimpi, abah tak der malam nie kerna abah terpaksa kerja malam...
nangih tinggalah daku and anak ku sayang tido berdua....

banyak lagi yang mama nak masukkan dalam blog nie, tp so far ini dulu ler kot, ini pun mama dah rasa puas hati sangat...
tepuktangan clap, clap....

6.13.2009

**CAN U READ?

> I CAN READ IT! CAN YOU?
> Ada sesiapa yg boleh baca ayat berikut?
>
> (Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya
> waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf
> stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf
> peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-
>
> fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
> Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
>
> i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
> The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at
> Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a
> wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer
> be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll
> raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not
> raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
> yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed it,
>peasle lveae a cmomnet...

ekceli, ni dapat email dr bro mama, so mama nak test my fren kat blog lah plak....kuikuii

**KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yang lazim adalah antara 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8 - 15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yang lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bagi wanita yang tidak subur, tiada satu pun telur yang akan membesar.

Pada masa yang sama, fasa proliferatif di mana lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. Setelah ovulasi, hormon progesteron yang dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sebagai persediaan menerima kehadiran embrio.

Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bagi setiap wanita subur. Namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil.

Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14). Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yang sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yang mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari.

Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang. Kalendar kitaran haid Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur. Paling subur Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.

Waktu berjaga-jaga Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan. Paling kurang subur Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.


dipetik daripada majalah Pa & Ma keluaran Jun..so sesapa berminat boleh dapatkan majalah Pa & Ma sekarang....ehee..promote free bebb...