I made this widget at MyFlashFetish.com.

7.03.2009

**FREE BABY DIAPERS

Lamanyer mama menyepi dr blog nie, ekceli bukan totally menyepi, mama hari2 jengok umah mama n kengkawan mama, cuma mama sepi dr menghias umah mama ni dgn n3 terkini jer. bila dah start keje, mama mmg macam tak cukup masa jer nak menaip, apatah lagi nak memerah idea utk menaip nie...penat dok garupale memerah ideafikir

ops, dah tersyasyul plak...k, (Khamis, 02 Julai 09), mama mendapat satu bungkusan dr mamypoko,menari mama dgn gelojohnyer terus membuka bungkusan tersebut n mama dapati ada 2 sample baby diapers Mamypoko utk diberikan kpd little hero mama, alhamdulillah....dapat juga sample yg mama tertunggu2, ternanti2 tu...tp mana sample dr huggies? soaldah lama mama request utk free sample, tp sampai skarang blom nampak batang hidungnyer...tup2, mamypoko yg jelma dulu, sdgkan mama request utk huggies awal dr mamypoko, or mama yg tersalah isi maklumatnyer??? ..neway, takperlah, aqil mmg guna huggies pong...sajer suka2 nak brg free...I LIKE...


cute baby2 pakai diapers...

6.27.2009

**TAHNIAH!!!

TAHNIAH....kepada asmieyra(sungguh kreatip) kerana telah memenangi EFFIE'S TELEKUNG BAG yang cantik meletop hasil kreativiti kerja tangan CIK AS yang yang mempunyai kedainyer di TOTEBOUTIQUE


TAHNIAH juga kpd mama kerana telah terpilih utk memenangi bag yang cantik, stylish, melecun, seperti di bawah ini...



akhirnya, mama dapat juga merasa bag yang cantik keluaran TOTEBOUTIQUE


time kasih bebanyak kpd Cik As kerana sudi menganjurkan giveaway ni.....

6.24.2009

**MENGGODEK

hmmm....liatnyer nak bangun pg esok n nk mandi
sengihnampakgigisengihnampakgigi

esok sekolah mama buat persekolahan satu sesi sajer sbb esok parent dtg ambik slip peksa anak diorang...n hari koperasi sekolah...
love sedapnyer...macam2 ader...

malam ni aktiviti mama cuma dok godek2 web utk tambah perabot dalam rumah mama nie, n inilah hasilnyer...

aqil sudah lena di ulit mimpi, abah tak der malam nie kerna abah terpaksa kerja malam...
nangih tinggalah daku and anak ku sayang tido berdua....

banyak lagi yang mama nak masukkan dalam blog nie, tp so far ini dulu ler kot, ini pun mama dah rasa puas hati sangat...
tepuktangan clap, clap....

6.13.2009

**CAN U READ?

> I CAN READ IT! CAN YOU?
> Ada sesiapa yg boleh baca ayat berikut?
>
> (Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya
> waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf
> stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf
> peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-
>
> fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
> Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
>
> i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
> The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at
> Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a
> wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer
> be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll
> raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not
> raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
> yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed it,
>peasle lveae a cmomnet...

ekceli, ni dapat email dr bro mama, so mama nak test my fren kat blog lah plak....kuikuii

**KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yang lazim adalah antara 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8 - 15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yang lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bagi wanita yang tidak subur, tiada satu pun telur yang akan membesar.

Pada masa yang sama, fasa proliferatif di mana lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. Setelah ovulasi, hormon progesteron yang dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sebagai persediaan menerima kehadiran embrio.

Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bagi setiap wanita subur. Namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil.

Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14). Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yang sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yang mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari.

Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang. Kalendar kitaran haid Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur. Paling subur Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.

Waktu berjaga-jaga Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan. Paling kurang subur Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.


dipetik daripada majalah Pa & Ma keluaran Jun..so sesapa berminat boleh dapatkan majalah Pa & Ma sekarang....ehee..promote free bebb...

** ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST



Contest lagi...hehehe..
kali ni contestnyer datang dari ::Z.A.R.A.S.H.O.P.P.E::

tarikh tutup contest ni adalah 30 JUN 2009...so..HURRY UP..jangan ketinggalan

sebab.....

hadiahnyer mmg sangat menggiurkan....

nak tengok ker ????

scroll down ur mouse
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taaaadaaaaa. (special utk abah)


syarat2nyer...kalo nak tau...jz klik here..

inilah gambaq abah n aqil...




Momen terindah...

bagi mama, setiap saat yg kami lalui adalah saat yang terindah dalam hidup mama...gambaq ni di snap oleh adik mama ketika kami pergi ke PD...lepak2 sambil makan2 di tepian pantai...masa ni, Aqil tersangatlah mengantuk n menangis2..tengoklah mukanyer yg moody tu...so, abah pun kasihankan anaknyer, jd abah cuba menidorkan aqil mcm abah slalu buat masa aqil baru di lahirkan...rasa bahagia tgk pic ni sbb pic ni menunjukkan betapa sayangnyer abah pada Aqil...we love u Aqil...tau tak apa yg abah cakapkan kat Aqil masa tu,??sebenaqnyer Abah bersolawat. cam biasa r, nk bg aqil tidoq, kena solawat, baru mau pejam matanyer...abah and aqil, mama love both of u...happy fathers day ayah(EN ISHAK) and abah (EN AZLI)....

6.12.2009

** POUCH SLING

mama buat n3 ni adalah khas utk bigeyesshop. sebenaqnyer bigeyesshop buat POUCH SLING giveaway, so mama nak try lar, mana tau, mama berpeluang utk dapat POUCH SLING yang meletop tu...nak rambangkan lagi mata anda, jom gi kedainyer...klik sini...



setiap peraduan mesti ada syaratnyer kan, so jom kita layan Syarat-syaratnya:
  • Ceritakan serba ringkas mengenai BABYWEARING dan Giveaway ini di blog anda. (seperti babywearing memudahkan anda mengendong bayi atau menyusukan bayi dan sebagainya)
  • Sila tinggalkan komen dan sertakan URL anda, bagi memudahkan BigEyesShop menilai penyertaan anda.
  • Add Big Eyes Shop di blogroll/bloglist anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda boleh email ke bigeyesshop.shada@gmail.com agar dapat bersama-sama menyertai giveaway ini.
  • Anda boleh menyertai lebih dari satu penyertaan.
As simple as ABC kan, so jom kita pakat2 join...psttt!!!!closing date 30 June 2009 tau...

skang tibanyer masa mama nak ceritakan serba ringkas ttg BABYWEARING...

babywearing ni biasanyer kita gunakan utk gendong anak kiter supaya lebih mudah n selesa utk di bawa berjalan...xpayah nak rumit2 n sesakkan kereta semata2 nak masukkan stroller yg sudah tentu baby tak akan duduk lama.. (betoi tak)..n yang pasti dgn menggunakan baby wearing ni, bb kiter akan lebih tenang n rasa selamat seolah2 kiter yang memeluknyer...kan senang ibu2 mama2 ummi2 semua nak g shopping...setuju tak? so, jom kiter dapatkan satu babywearing di BigEyesShop hari ini juga...cantik2 tu mama tengok..ada BABY POUCH SLING n BABY RING SLING juga...kedua2 jenis ini sangat bagus utk mommies semua...

KEISTIMEWAAN BABYWEARING

1. (KURANG MENANGIS)
Bila kita gendong anak kiter gunakan babywearing nie, bb kiter tidak akan mengamuk atau menangis, kecuali lah lapaq...sebabnyer satu jer, bb rasa seolah2 kiter yg tengah peluk, padahal kain yang peluk diorang...

2. (SELAMAT)
bila parent gunakan babywearing utk bawa bb nyer jenjalan, maka tak perlu risau akan kehilangan baby tersayang...kerana baby yang berada di dalam babywearing akan sentiasa bersama ibunyer ke mana saja ibu pergi dan tak akan terlupa walau utk sesaat seperti mana semasa kita mengandungkan bb dahulu...ke mana saja ibu pergi, di situlah ada bb...banyak kes kehilangan bb adalah bila ibu menggunakan stroller dan if bila ibu alpa walau sesaat, bb sudah tiada di depan mata...sedihkan kehilangan bb tersayang...

3. (BREASTFEED)
dengan menggunkan babywearing, aktiviti brestfeeding akan menjadi mudah, tak perlu lagi kiter pergi menyorok utk menyusukan bb, cari tempat utk susukan bb..kerana babywearing boleh mengcoverkan anda...dan bb juga akan enjoy semasa breasfeeding tersebut...even semasa anda tgh rancak bershopping pun bb boleh menikmatinya...

4. (MUDAH LENA)
bb juga akan mudah lena bila berada di dalam babywearing..dan tak perlulah anda bersusah2 nak dodoikan bb lg...kalo kat rumah, bb tak mau tido, masukkan dia dalam babywearing, jalan2 pusing ruang tamu, nnt bb akan terlena sendirinyer, tak percaya ker? kan babywearing umpama berada di dalam dakapan ibu...

5. (ERATKAN HUBUNGAN)
baby akan rasa lebih dekat ngan ibu bila berada di dalam babywearing berbanding stroller..ini kerana bb boleh merasakan denyutan jantung ibunyer seperti mana bb berada di dalam perut ibu..kasih sayang akan berkekalan...so JOM RAMAI2 SERBU Kedai BIGEYESSHOP tuk shopping babywearing...

sebenaqnyer banyak lagi, tp dah xlarat nak taip...

tp AWAS, bila kata babywearing selamat, jangan plak mama2, ibu2, ummi2, semua nak gi wall climbing pun nak bawa bb dalam babywearing plak...agak2 lah yer...satu lagi, kalo nak memasak ker, nak cuci kipas ker, syiling ker, jgn bawak bb skali...bahaya...