I made this widget at MyFlashFetish.com.

8.14.2014

CERITA AQIL DAN LEGO

Assalamualaikum...

Alkisahnya, kitorang baru balik dr Legoland Malaysia pada hari Ahad 10.08.2014.  mmg sgt happy n enjoy semasa berada kat Legoland.  paling happy opkos la Along n Angah. 

Tapi, ari Isnin 110814, balik dr sekolah, anakanda2ku pon mainla sambil aku lepak2 dlm bilik.  rupa2nya anakanda aqil (along) dah tertelan satu piece dr lego keretanya. iaitu cermin kereta.

masa sedap aku terbaring gitu, aqil masuk billik n ngadu diia tertelan lego.  terkejut aku, tp dia nampak rilex jer, so aku pon tnya lg, dalam keadaan mamai aku terdengaq macam lego tu dh keluaq, owh patutla xnangis along, so akupon sambung tidoq.  bila abah dia balik, along pon ngadu pada abah dia.. rupanya mmg dia dah telan lego tu, masyaAllah, terkejut aku rasa cam nak melompat.  tp aqil rilex jer, bila aku tnya cmna along tertelan, dia cakap dia cuba nak kuarkan cermin dr body kereta tu, tp xleh, so dia gunakan gg dia yang hampir pupus tu.  ermmmm mmg la tertelan. tp xsakit pon mama.  along aktif cam biasa, aku yg dh mula susah hati. kol mak aku, mak aku cakap tnggu 2hari, nnt kuaqla tu disamping berdoa n minta air tawar dr ustaz.  aku mula google...

ptg tu, aqil nk buang air besar, so aku pon get ready la, minta aqil buang atas plastik jer sebab aku nk investigate kot2 lego dah kuar...tp lego xda pon.  yerla baru bbrapa jam dia telankan.ari selasa n rabu, aku paksa dia buang air besar, tp apa jawab aqil "mama ni, aqil xrasa nak b***k, biarlah"...so xpalah...tp ari khamis 14082014, before p sekolah genius aulad, aqil nak membuang, so aku pon suruh dia buang atas plastik.  alhamdulillah, nampak juga lego tu.  lego kuaq setelah 4 ari dalam badan aqil...



mamaaqil.blogspot.com
    nampak tak kereta kuning? cermin hitam tulah yang masuk bermalam di perut aqil selama 4 hari

p/s : anak2, jgn bg mama risau lg yer...

No comments: