I made this widget at MyFlashFetish.com.

8.11.2010

** ABG AQIL

Lama rasanya tak update citer pasai hero kesayanganku ni...
hero kecit aku skang dh jadi abang, so skang dia dh jd hero besaq aku....
skang hero aku ni dh berumoq 1thn 11bulan, bulan dpn 2nd besday dia, cepatnya masa berlalu
dh dua tahun anak aku ni, tp saat2 aku mengandungkan dia, lahirkan dia, susukan dia dgn susu badanku, usap mesra pp dia smsa dia bb, masih lg segar dalam kepala aku, betapa aku tak pernah pon lupakan detik2 indah aku semasa aku memula dapat gelaran ibu, dialah yang berikan gelaran tu kat aku n gelaran ayah pada hubby.

kalau aku kenangkan balik saat2 aku lahirkan dia, mesti ayaq mata aku akan kuar dgn sendirinya, ayaq mata gembira sebenaqnya....seriyes, aku tak penah lupakan...indahnya detik itu, detik yang amat bahagia aku dan hubby...dan bahagia itu berterusan ketika aku lahirkan pula anak ke2 aku, ikmal...bahagianya aku...aku bahagia...

sambung bab abang aqil plak, memula aqil dapat adik, aku tak taulah apa perasaan dia, masa memula bawa ikmal balik umah, abang aqil kiss adik dia, erm tp bila dh lama skit dia sibuk nak kacau adik dia hehhehhe....sibuk nak kiss... tp skang aku tgk aqil kekadang macam ada rasa cemburu dlm diri dia, bila aku panggil2 jer nama ikmal, pasti abg aqil pon suruh jugak aku panggil nama dia, alahai anak mama, mama sayang dua2 anak mama, aqil n ikmal, jangan jeles2 sayang aqil, sbb dua2 mama sayang...

sekarang, aqil dah semakin besar dan semakin banyak ragamnya yang kadang2 membuat aku pening kepala jugaklah, tp setiap detik, setiap perkara yang dia lakukan, akan menjadi kenangan terindah aku.... letih2 tapi aku bahagia kerana ada anak2 yang aktif dan cerdik...

k lah, layan gambaq aqil plak, dh lama tak upload gambaq si comel ni...


aqil @ 1thn 11bulan

8.10.2010

** ESOK PUASA

Slamat berpuasa kepada seluruh umat islam...
ampunkan salah dan silap hamba...
halalkan makan dan minum hamba...
selamat menjalani ibadah di bulan puasa dengan sebaik mungkin...

*aku bersahur n berbuka sensorang utk puasa kali ni, sedih*

ok, ni ada lafaz niat puasa di bulan ramadhan, sesapa yang dah rasa lupa2 ingat, maklumler setahun skali, bleh la baca yg nie


  • lafaz niat puasa di bulan ramadhan

nawaitu sauma godhin' an adaa i fardhi shahri ramadhaana haazihis sanati lillahitaa'la

  • lafaz niat berbuka plak

Allahumma lakasomtu, wa bika aamantu wa'aala rizqika af thortu birohmatika ya ar hamarrohimin..

so, selamat berpuasa n selamat ber tawarikh tarawikh....



** tak bes nya puasa sbb en hubby ku sayang tak da skali utk bersahur n berbuka....windu kamooo

** IKMAL @ 3 MONTHS




Ikmal skang dah 4bulan, tp gambaq yg di atas tu adalah gambaq Ikmal semasa dia berumur 3bulan... terlambat nak update pasai Ikmal, sbb skang ni dah banyak sangat keja yang nak kena settlekan...

Perkembangan Ikmal @ 3bulan
  • Ikmal boleh meniarap pada usia 3bulan, genap 3bulan, Ikmal terus pusingkan badan dia, agak payah pada awai2nya, tp alhamdulillah, bb Ikmal ni kuat semangat, so sekejap jer trus leh meniarap.
  • Senyum, ketawa pon dah boleh n sangat menarik bila dengaq suara kecil Ikmal ketawa bila aku, hubby or abg Aqil mengagah dia, comel sangat..
  • Gaya tidoq Ikmal pon dah berubah, kalo dulu masa 2bulan tidoqnya telentang, tp umoq 3 bulan dia dah pandai tidoq mengiring ke kanan, erm dalam buai pon dia akan tidoq mengiring, kadang2 tu macam nak meniarap pon ada. kalo alih jer badan dia, mesti bb ikmal akan terjaga, so skang aku biaq jerlah dia tidoq mengiring...
  • geget jari ~ heheh...habit dia dr mula dia lahir,geget hisap jari, macam berselera sungguh ikmal ni... tp org2 tua kata bb yang suka menghisap jari ni bb yang cerdik...betulkah? apakah kaitannya?
  • Ikmal pandai bercakap2 n paling dia suka bila aku, hubby or abg aqil ada sebelah dia n layan cakap ngan dia, kompom tak tidoq si ikmal ni, hehhe...tp kalo takda sesapa di sebelahnya, sekejap jer dh menangis2, minta perhatian, sedih jerk tengok ayaq mata meleleh kat pp gebu ikmal tu...
  • paling penting, still minum susu mama dia punya w'pon aku dah campoq2kan ngan susu formula... minta2lah susu mamanya ada sehinggalah ikmal 2thn..amin... aku nak jd mama yang baik, yang dapat menyusukan bb sepenuhnya sehingga 2thn w'pon aku bekerja.

perkembangan antara bb adalah tidak sama, so jgn risau kalo anak2 tak dapat meniarap lg pada usia 3bulan, abg aqil pon dapat meniarap masa aqil berusia 3bulan lebih, hampir 4bulan...

7.23.2010

** JUS CORDY

salam, da sesapa yang sukakan bisnes, bleh inform saya k, saya ada biz baru yg masih lg fresh di pasaran...baru 4bln bisnes ni dilancarkan...

or, bleh jugak pergi sini utk lihat sendiri biz ni, n kalo tak faham,bleh tanya saya..anytime...

n kalo sesapa nak kan produknya, JUS CORDY, juga bleh informkan saya di affik01@yahoo.com..

so, ni antara kebaikan JUS CORDY...


  • Membina kekuatan badan
  • Memperbaiki sistem pernafasan dan paru paru
  • Menguatkan sistem daya tahan badan
  • Meningkatkan tenaga seks dan enhance longevity
  • Male & Female sexual disorder, including impotence
  • Enhance Anti-aging and immunity properties
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Fatigue
  • Night Sweating
  • High blood sugar
  • Dapat mengurangkan kolestrol
  • Improve recovery from illness
  • Memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Memperbaiki penyakit jantung
  • Mental alertness, mental clarity
  • Meningkatkan Stamina


RAMUAN JUS CORDY (semuanya berasaskan buah-buahan)

Jus Buah
(Acai Berry, Manggis, Anggur, Acerola, Markisa, Pisang, Aprikot, Prun, Kiwi, Goji Berry, Laici, Blueberry, Cranberry, Howthorn Berry, Roselle, Tomato, Delima), Air, Teh Hijau, Ekstrak Cordyceps Militaris, Sodium Benzoate, Patassium Sobate (untuk mengekalkan kesegaran).
Semua bahan tambahan tidak mengandungi sumber haiwan

n kalo nak tahu apa itu cordyceps, sila klik sini

7.22.2010

** CARA DIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

takut dgn keadaan dunia skang nie, budak2 ni mcm2 peel, ikut mat saleh.. risau juga since aku dh ada anak, n ter pk juga aku camna nak didik anak spya besaq nnt anak2 aku akan jadi org yg baik...

aku wat ntry ni sbbnya, kat sekolah aku baru2 nie ada kes, yang agak kurang sesuwai la dgn umoq dorang... dh ada koleksi video sendiri ler, apa ler, blablabla...seram sejuk jugak bila dpt tahu citer tu,....lam kpala aku nie, aku risaukan anak2 zaman akan datang nie (mulala i nak korek2 kat intrnet ni camna caranya nak didik anak ikut cara islam)...susah n mencabarkan ibu2 zaman skang nie....

so, nilah serba sikit yg dapat bila dh google, saja jer nak tepek dlm blog ni, biaq ingat slalu...
  • bentuklah peribadi anak sejak dari kecil lagi tetapi masih tidak terlambat untuk memperbaiki peribada anak pada setiap peringkat umur.
  • Anak-anak kecil hendaklah digalakkan bersikap positif melalui pengaruh positif terarah(ganjaran) . tegurlah mereka dengan segera sekiranya mereka membuat salah. terangkan kepada mereka kesalahan yang telah dilakukan dan jelaskan mengapa ianya tidak boleh diulangi.
  • Anak2 perlu dididik berpandukan had kebebasan dan ini telahpun diperincikan di dalam islam.
  • kita perlu konsisten di dalam membentuk nilai positif tanpa mengira keadaan atau tempat.
  • penerapan nilai islam dalam membesarkan anak adalah cara terbaik untuk memupuk nilai positif mereka.
~cara aku plak, semasa mengandungkan Aqil n Ikmal, setiap kali lps solat mgrib, aku akan baca Al Quran, dan tumpukan kepada surah2 yang bersesuwaian. surah Maryam, Yusuf, Hujurat, Luqman n Yasin.. tiap2 malam aku akan baca berselang seli sehinggalah saat melahirkan mereka. Kadang2 prasaan penat + malas muncul juga, tapi cepat2 ditepis, hohoho... aku akan baca juga walaupun hanya satu muka surat demi anak dlm kandungan. aku hanya mengharapkan Allah shj, dan aku mmg betul2 percaya kepada Allah lah kita boleh berharap.. sebabnya, Alhamdulillah, aku dah deliver 2 org bb boy, n dua2 org senang n tak perlu menahan sakit yang lama, aku percaya, sbbnya adalah aku akan membaca surah Maryam setiap malam bila pewotku dah sampai minggu2 genting (yeker, blasahlah) n dh hampir tiba ke saat2 nak deliver bb.

~persekitaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku anak2 kita, so kita kenalah wujudkan persekitaran yg elok dalam keluarga kita, ibu bapa jgn slalu gaduh2, tengking2 dpn anak, nnt anak2 pon sama ler, tengking2..mulalah kita nak marah, padahal diri sendiri tunjuk contoh tak baik kat anak. wujudkan keluarga islam, maksudnya cara hidup islam, sembahyang, adab2 sopan santun, berpakaian n etc lah, tahulah sendiri...

~kalo anak wat salah, tegoq dgn baik, dia masih lagi kurang faham baik n buruk, so kita ler kena selalu ingatkan mereka. kalo anak wat perkara yg baik plak, bg ler pujian, bukan susah pun nak puji anak sendiri. macam aku n en hubby, mmg kami amalkan puji pujian ni, sejak Aqil bb lagi kami dah start puji pujian ni, tp jgn sampai anak makan puji plak...pandai2lah... jz bg dorongan kat anak.

~skang mak ayah keja, anak2 dok ngan bb sitter la, nursery la...so prngai pon mcm2, ramai kawan2 di nursery, jd kita mak ayah dia, kena pandailah tapis2 prangai yang elok n tak elok...tegoqlah slalu, tp jgn membebel tak tentu fasal plak. mcm Aqil, slalu jugak aku tgk prangai2 baru yang dia bawak balik umah, so pandai2lah yer...

~lastly, didiklah cara islam, baru bahagian dunia akhirat...wasalam..mata dh ngantuk sbnqnya, pastu merepek meroyan macam2lh...


6.27.2010

* IKMAL @ 2 BULAN



~Ikmal dah pandai membaca @2bln~


PERKEMBANGAN BAYI 0-3 BULAN

*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

Perkembangan bayi usia 2 bulan
PERKEMBANGAN IKMAL 2 BULAN
  • dah pandai senyum2 manja...kalo agah sikit pon dah tersengih2...comel sangat, dgq suara aku yg merdu nie pon ikmal dah tersengeh2...
  • selalu pandang2 muka aku, mesti dlam ht ikmal dia cakap "cantik mama aku", masa dalam perot aku, dia teringin nak tengok muka aku, bila dh kuaq, 1st time tgk, muka aku yang keletihan + gembira, terus dia menangis kuat (syokler tu, mama dia cantik) n tgk abahnya yang tersengih2 gembira dok sebelah mama dia (tenang ikmal) = bila tengok org takda kat sebelah dia, mulala menangis tak mau2, bila nmpak jer muka org, terus senyap...clever anak mama...siap buat molot moncong2 lg, merajokler tu...
  • ikmal pon umo 2bln ni dh pandai cakap2...bebel2 bahasa dia la, lg2 kalo mama, abah, abg aqil or sesapa la yang rajin ajak dia bual, lg kuat dia bebel...kita cakap sepatah, berpata-patah dia cakap...scwweeeettt sangat tgk mulut kecik ikmal dok bebel..rasa cam nak kunyah2 mulut kecik dia tu...erm....kuasa bb kan...sume org akan kalah ngn bb...
  • dah pandai usha2 tgn sendiri, kdg2 tu, samapi juling mata ikmal, erm...dia belek tangan tu sungguh xcited, agaknya mesti lam kepala ikmal, ni barang mainan baru aku ke mama beli (sorry dear, sehingga umo ikmal 2bln 3minggu ni, mama tak belikan apa2 mainan lg utk ikmal sebab mama, abah n abg aqil lah mainan ikmal yg paling perfect)..






6.18.2010

** EEG

hari ni, bawa ikmal pegi hosp ipoh wat test eeg... sian aku tgk ikmal, kecik2 dh nak test itu ini, hope dh besar tak dak test2 lagi...

awal2 pagi, aku n hubby dh siap2 nak ke gh, aqil kena tinggal ngan bb sitter dia. appointment kol 9am, terlambat jugak sampai, dalam 9.15am, lambatnya sebab cari parking, biasalah kalo kat spital parking tak penahnya cukop...ramai sangat dh org yang tak sihat skang nie.

sampai2 jer, terus aku bawa bb ikmal masuk ke bilik eeg, hubby aku dok meroyan meronda sensorang cri parking lagi, aku kuar dulu g bilik eeg sbb dah lambat..

sesampai jer sana, nurse tu wat tugas dia la, layan aku...hohoho...termenung kejap, terkebil kejap, tido kejap...erm lama lagi ker nak test ni, dh ler bb ikmal aku peram dari pg lagi jgn tidoq (motif : aku nk ikmal tidoq sendiri, bkn dgn ubt tidoq), bb ikmal pon terlelap la dalam kehangatan pelukan aku.

pastu, dtgla org yang nk wat test eeg kat ikmal, n terus tnya aku, baru tido ke bb? aku cepat2 angguk2 geleng2 jawab ya, bleh ker wat skang n tak yah lah bg ubat tidoq kat dia...org tu pon cakap kita try... (dlm ht aku tak hbs2 doa bg ikmal tidoq elok sampai hbs test)...n alhamdulillah doa aku dimakbulkan...ikmal tidoq dengan cantik skali sbb ada puting du mulut yang comel tu...ehehehe...


hai...ni fesyen terkini rambut 2010

masa dok test tu, aku pon ngumpat2 borak2 ler dgn org tu, baik juga dia (indian man)..dah siap tu, aku minta izin ngan org tu nak tgk graf hasil test eeg tu, n dengan baik hati org tu pon tunjukkan kat aku yg cerdik tak faham apa2 pon, aku jz tgk n borak2 skit2...erm...resultnya bln dpn baru dpt tau...

aku doakan n harapkan semua yang terbaik...Ya Allah, kau bglah kesihatan yg baik kepada kedua2 anak ku...Aqil dan Ikmal. Hanya kpd Mu aku berharap...


corat-coret:-Mama dan Abah selalu doakan yg terbaik buat anak-anak mama dan abah.