I made this widget at MyFlashFetish.com.

8.11.2010

** ABG AQIL

Lama rasanya tak update citer pasai hero kesayanganku ni...
hero kecit aku skang dh jadi abang, so skang dia dh jd hero besaq aku....
skang hero aku ni dh berumoq 1thn 11bulan, bulan dpn 2nd besday dia, cepatnya masa berlalu
dh dua tahun anak aku ni, tp saat2 aku mengandungkan dia, lahirkan dia, susukan dia dgn susu badanku, usap mesra pp dia smsa dia bb, masih lg segar dalam kepala aku, betapa aku tak pernah pon lupakan detik2 indah aku semasa aku memula dapat gelaran ibu, dialah yang berikan gelaran tu kat aku n gelaran ayah pada hubby.

kalau aku kenangkan balik saat2 aku lahirkan dia, mesti ayaq mata aku akan kuar dgn sendirinya, ayaq mata gembira sebenaqnya....seriyes, aku tak penah lupakan...indahnya detik itu, detik yang amat bahagia aku dan hubby...dan bahagia itu berterusan ketika aku lahirkan pula anak ke2 aku, ikmal...bahagianya aku...aku bahagia...

sambung bab abang aqil plak, memula aqil dapat adik, aku tak taulah apa perasaan dia, masa memula bawa ikmal balik umah, abang aqil kiss adik dia, erm tp bila dh lama skit dia sibuk nak kacau adik dia hehhehhe....sibuk nak kiss... tp skang aku tgk aqil kekadang macam ada rasa cemburu dlm diri dia, bila aku panggil2 jer nama ikmal, pasti abg aqil pon suruh jugak aku panggil nama dia, alahai anak mama, mama sayang dua2 anak mama, aqil n ikmal, jangan jeles2 sayang aqil, sbb dua2 mama sayang...

sekarang, aqil dah semakin besar dan semakin banyak ragamnya yang kadang2 membuat aku pening kepala jugaklah, tp setiap detik, setiap perkara yang dia lakukan, akan menjadi kenangan terindah aku.... letih2 tapi aku bahagia kerana ada anak2 yang aktif dan cerdik...

k lah, layan gambaq aqil plak, dh lama tak upload gambaq si comel ni...


aqil @ 1thn 11bulan

No comments: