I made this widget at MyFlashFetish.com.

8.13.2010

** Peristiwa Manis Di Bulan Ramadhan

4 Ramadhan 1429 ~Khamis ; 5:00 PM~(4 Sept 2008)~ PERISTIWA 1

Aku slamat melahirkan baby pertama aku, iaitu bb Aqil Faheem... sungguh bahagia pada waktu tu, aku hanya sempat utk berpuasa selama 3 hari saja, dan tempoh kelahiran adalah awal 3minggu dr tarikh yang dijangkakan, erm agak2nya Aqil xsabaq2 nak tgk dunia n mama dia kot,,, mama pon tak sabaq nak tgk Aqil jugak... pada 3 Ramadhan tu, aku ke skolah cam biasa jer, sikit pon tak da tanda2 yang aku akan bersalin, sungguh happynyer aku ngan kekawan, bergelak sakan...erm... yerlah, lambat lg, 3minggu lg, so mana aku tahu apa2, tanda2 pon takda...
3:00AM - 4Ramadhan- pada kol 3AM, aku dh mula rasa sakit sikit2, biasa jer tu, bb Aqil ni mmg suka mengeras kat dalam tu, n tiap kali dia mengeras, mmg aku akan rasa tidaklah enak n selesa, nak jalan pon cam takleh...
4:00AM - aku still sakit2, aku gtau hubby yang tgh sedap tidoq, dia urut2 skit pewot, pehtu sambung tidoq balik, ceh..ingatkan nak tolong temankan aku yg sakit skit2 ni....

5:00AM - kejutkan hubby sahur, dia bangun, makan, n aku tgk dia makan, tak selera n sbb sakit yang rasa cam dah lain jer.....tp leh gurau2 lagi...

6AM++ - aku solat subuh, hubby solat n siap nk g kerja, n aku siap nak sambung tidoq..ngeh3...nak cover balik yang takleh tidoq 3AM tu...erm...sedapnya aku lena, sakit pon cam agak dah kurang skit...

8AM++ - bukak jer mata, aku rasa cam sakit balik, aku kira dalam 20min gitula kekerapannya, dlm ht aku nak brsalin dh ker aku ni...takkan bb Aqil dok mengeras dr td lg, biasa takdala lama sampai gini...
aku kol hubby, suroh balik n nak g klinik, nak amek mc, sbb rasa malas nak g skolah dgn keadaan yg macam tu

9AM++ - hubby smpai umah, n aku pon terus g klinik ngn hubby, rempit jer, nek car yer, bukan moto (adalah tidak sesuwai utk aku yg pewot besaq n yg sakit2 ni nak merempit motor).
sampai jerk klinik, nurse cek pewotku yang comel ni, dia kata aku dah nak bersalin, wat??????
nurse tu pon potpetpotpet nasihatkan aku gini gitu bg pesanan apa semua lah...

11AM ++ - aku dh siap nk g spital, brg2 bb n aku dh siap dlm kereta, n aku pon dok sakit n boleh gelak galak lagi..time tak sakit la...

12AM++ - smpai spital, biasalah, sapa yang pernah bersalin, tahulah apa yang akan dikerjakan ke atas aku, so......

5AM - Aku slamat lahirkan putera comel lg berseri n kiut miut n tmpan gagah perkasa (angkat bakul ni)....diberi nama AQIL FAHEEM BIN MOHD HAIRUL AZLI...sebenaqnya aku dh malas nak taip pepanjang, rasa cam belok dah jari2 cumel aku ni



Ramadhan 1430H - 22 Ogos 2009 (PERISTIWA 2)

Aku sedang mengandungkan anak kedua aku, bb Ikmal...lebih kurang 2 bulan ++ kot bb Ikmal lam pewot aku, amatlah tidak larat sekali aku sms berpuasa tu, erm maklumlah, kandungan masih lagi awal, so hormon2 pon masih lom settle down lagi, hehehe...n aku mmg sptutnya akan berpuasa penoh, tapi aku dh tinggal 3hari puasa..tetttttt....hehehe...

tak larat tu aku masa tu, flat...hari2 aku akan jdkan surau comel kat skolah aku tu tmpt aku baring2,..tp biasanya aku berteman, bukan sensorang sbb masa tu aku ada kawan yang ngandung sama aku (sis mazni) so kitorang lah slalulah akan lepak di sana, indah memori tu....merapatkan silaturrahim...ngehngeh...

so, ni bermakna dah 2tahun aku ada pengalaman manis di bulan Ramadhan yng mulia ni....

tapi, utk Ramadhan kali ni, kenapa aku terpaksa berpuasa n bersahur seorang diri, owh tidak ku suka ini.... harap2 Ramadhan kali ni juga akan ada kenangan manis dlm hidup aku, amin....


corat-coret = 2008 - dapat Aqil
2009 - ngandung Ikmal
2010 - fill in da blank...



...

8.12.2010

** I AM MAMA


Yes, I'm Mama...n i luv it...
Bahagianya rasa hatiku, bila aku dah dapat gelaran datuk mama nie, n aku skang dh jd mama kepada 2orang hero... tak kusangka, dari zaman aku kecik2 dulu, zaman gedixs santai dulu, skang dh jd amazing mama... bukan senang nak pikul tanggungjawab mama nie, n aku bertuah lah sebab aku salah sorg insan terpilih utk pikul tanggungjawab yang berat nie,..
lets check it out tugas / peranan mama/ibu/emak/mommy/umi/ma/mek n seangkatanlahh

1. mengandung, melahirkan dan mengasuh anak2...ibu jugalah yang akan mencorakkan keperibadian anak2...
2. Mendidik anak2 dengan ilmu agama yang secukupnya.
3, Mendidik anak2 perempuannya dengan fiqh wanita, etika berpakaian, etika bergaul supaya menjadi muslimah yang solehah.
4. Anak2 tidak boleh terlampau dimanjakan sehingga menyebabkan akhlak mereka rosak.
5. Menngawasi anak2 dari pada bergaul dengan rakan2 yang rosak akhlaknya, dan yang boleh mempengaruhi akhlak anak kita ke arah kejahatan.

as a cun mama, apa yang aku harapkan aku dapat jd mama yang terbaik kepada anak2 yang terbaik. betapa tinggi n mulianya seorang ibu kpd manusia, n betapa banyaknyer keja / tanggungjawab yang seorg ibu harus pikul, n betapa murninya jiwa seorang ibu..itulah kuasa ibu berbanding bapa..
bukan aku nak cakap bapa xberkuasa, malahan bapa lebih berkuasa dari ibu dari zahirnya, contohnya,
si suami : (baru balik kerja) sayang, abang nak kopi panas n cekodok...lapaqlar.. (order jer)
si isteri : (baru balik kerja) - cepat2 g ke dapur, wat kopi n goreng cekodok.. pahtu, g hidang plak kat si suami yang kelaparan...padahal sama2 balik kerja, tp ibu ni kena kerja tambahan plak kat umah. tu tak termasuk ngan bab jaga anak lg, ibu ni kadang nak makan pon tak sempat, tp bapa slumber kodok jer makan...haaaa..tulah hebatnya bapa hehhehe
oleh itu, para suami di luar sana n termasuk jugak suamiku sayang, kasihanilah isteri anda seadanya, apakata lepas ni si suami plak yanng ambik order dr sang isteri, okeh?

okeh, ni ada kata2 azimat utk suami2 yang termasok ke sini, sila ambil perhatian, n kata2 ni aku cedok dari fb...ntah sapa yang masukkan n dari sumber mana, maafkan tuan hamba kerana ambik tanpa izin yer...

( Thursday, July 22, 2010 at 11:04am - Bukti pencedokan)

Jika isteri menangis dihadapanmu….


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

8.11.2010

** ABG AQIL

Lama rasanya tak update citer pasai hero kesayanganku ni...
hero kecit aku skang dh jadi abang, so skang dia dh jd hero besaq aku....
skang hero aku ni dh berumoq 1thn 11bulan, bulan dpn 2nd besday dia, cepatnya masa berlalu
dh dua tahun anak aku ni, tp saat2 aku mengandungkan dia, lahirkan dia, susukan dia dgn susu badanku, usap mesra pp dia smsa dia bb, masih lg segar dalam kepala aku, betapa aku tak pernah pon lupakan detik2 indah aku semasa aku memula dapat gelaran ibu, dialah yang berikan gelaran tu kat aku n gelaran ayah pada hubby.

kalau aku kenangkan balik saat2 aku lahirkan dia, mesti ayaq mata aku akan kuar dgn sendirinya, ayaq mata gembira sebenaqnya....seriyes, aku tak penah lupakan...indahnya detik itu, detik yang amat bahagia aku dan hubby...dan bahagia itu berterusan ketika aku lahirkan pula anak ke2 aku, ikmal...bahagianya aku...aku bahagia...

sambung bab abang aqil plak, memula aqil dapat adik, aku tak taulah apa perasaan dia, masa memula bawa ikmal balik umah, abang aqil kiss adik dia, erm tp bila dh lama skit dia sibuk nak kacau adik dia hehhehhe....sibuk nak kiss... tp skang aku tgk aqil kekadang macam ada rasa cemburu dlm diri dia, bila aku panggil2 jer nama ikmal, pasti abg aqil pon suruh jugak aku panggil nama dia, alahai anak mama, mama sayang dua2 anak mama, aqil n ikmal, jangan jeles2 sayang aqil, sbb dua2 mama sayang...

sekarang, aqil dah semakin besar dan semakin banyak ragamnya yang kadang2 membuat aku pening kepala jugaklah, tp setiap detik, setiap perkara yang dia lakukan, akan menjadi kenangan terindah aku.... letih2 tapi aku bahagia kerana ada anak2 yang aktif dan cerdik...

k lah, layan gambaq aqil plak, dh lama tak upload gambaq si comel ni...


aqil @ 1thn 11bulan

8.10.2010

** ESOK PUASA

Slamat berpuasa kepada seluruh umat islam...
ampunkan salah dan silap hamba...
halalkan makan dan minum hamba...
selamat menjalani ibadah di bulan puasa dengan sebaik mungkin...

*aku bersahur n berbuka sensorang utk puasa kali ni, sedih*

ok, ni ada lafaz niat puasa di bulan ramadhan, sesapa yang dah rasa lupa2 ingat, maklumler setahun skali, bleh la baca yg nie


  • lafaz niat puasa di bulan ramadhan

nawaitu sauma godhin' an adaa i fardhi shahri ramadhaana haazihis sanati lillahitaa'la

  • lafaz niat berbuka plak

Allahumma lakasomtu, wa bika aamantu wa'aala rizqika af thortu birohmatika ya ar hamarrohimin..

so, selamat berpuasa n selamat ber tawarikh tarawikh....



** tak bes nya puasa sbb en hubby ku sayang tak da skali utk bersahur n berbuka....windu kamooo

** IKMAL @ 3 MONTHS




Ikmal skang dah 4bulan, tp gambaq yg di atas tu adalah gambaq Ikmal semasa dia berumur 3bulan... terlambat nak update pasai Ikmal, sbb skang ni dah banyak sangat keja yang nak kena settlekan...

Perkembangan Ikmal @ 3bulan
  • Ikmal boleh meniarap pada usia 3bulan, genap 3bulan, Ikmal terus pusingkan badan dia, agak payah pada awai2nya, tp alhamdulillah, bb Ikmal ni kuat semangat, so sekejap jer trus leh meniarap.
  • Senyum, ketawa pon dah boleh n sangat menarik bila dengaq suara kecil Ikmal ketawa bila aku, hubby or abg Aqil mengagah dia, comel sangat..
  • Gaya tidoq Ikmal pon dah berubah, kalo dulu masa 2bulan tidoqnya telentang, tp umoq 3 bulan dia dah pandai tidoq mengiring ke kanan, erm dalam buai pon dia akan tidoq mengiring, kadang2 tu macam nak meniarap pon ada. kalo alih jer badan dia, mesti bb ikmal akan terjaga, so skang aku biaq jerlah dia tidoq mengiring...
  • geget jari ~ heheh...habit dia dr mula dia lahir,geget hisap jari, macam berselera sungguh ikmal ni... tp org2 tua kata bb yang suka menghisap jari ni bb yang cerdik...betulkah? apakah kaitannya?
  • Ikmal pandai bercakap2 n paling dia suka bila aku, hubby or abg aqil ada sebelah dia n layan cakap ngan dia, kompom tak tidoq si ikmal ni, hehhe...tp kalo takda sesapa di sebelahnya, sekejap jer dh menangis2, minta perhatian, sedih jerk tengok ayaq mata meleleh kat pp gebu ikmal tu...
  • paling penting, still minum susu mama dia punya w'pon aku dah campoq2kan ngan susu formula... minta2lah susu mamanya ada sehinggalah ikmal 2thn..amin... aku nak jd mama yang baik, yang dapat menyusukan bb sepenuhnya sehingga 2thn w'pon aku bekerja.

perkembangan antara bb adalah tidak sama, so jgn risau kalo anak2 tak dapat meniarap lg pada usia 3bulan, abg aqil pon dapat meniarap masa aqil berusia 3bulan lebih, hampir 4bulan...

7.23.2010

** JUS CORDY

salam, da sesapa yang sukakan bisnes, bleh inform saya k, saya ada biz baru yg masih lg fresh di pasaran...baru 4bln bisnes ni dilancarkan...

or, bleh jugak pergi sini utk lihat sendiri biz ni, n kalo tak faham,bleh tanya saya..anytime...

n kalo sesapa nak kan produknya, JUS CORDY, juga bleh informkan saya di affik01@yahoo.com..

so, ni antara kebaikan JUS CORDY...


  • Membina kekuatan badan
  • Memperbaiki sistem pernafasan dan paru paru
  • Menguatkan sistem daya tahan badan
  • Meningkatkan tenaga seks dan enhance longevity
  • Male & Female sexual disorder, including impotence
  • Enhance Anti-aging and immunity properties
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Fatigue
  • Night Sweating
  • High blood sugar
  • Dapat mengurangkan kolestrol
  • Improve recovery from illness
  • Memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Memperbaiki penyakit jantung
  • Mental alertness, mental clarity
  • Meningkatkan Stamina


RAMUAN JUS CORDY (semuanya berasaskan buah-buahan)

Jus Buah
(Acai Berry, Manggis, Anggur, Acerola, Markisa, Pisang, Aprikot, Prun, Kiwi, Goji Berry, Laici, Blueberry, Cranberry, Howthorn Berry, Roselle, Tomato, Delima), Air, Teh Hijau, Ekstrak Cordyceps Militaris, Sodium Benzoate, Patassium Sobate (untuk mengekalkan kesegaran).
Semua bahan tambahan tidak mengandungi sumber haiwan

n kalo nak tahu apa itu cordyceps, sila klik sini

7.22.2010

** CARA DIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

takut dgn keadaan dunia skang nie, budak2 ni mcm2 peel, ikut mat saleh.. risau juga since aku dh ada anak, n ter pk juga aku camna nak didik anak spya besaq nnt anak2 aku akan jadi org yg baik...

aku wat ntry ni sbbnya, kat sekolah aku baru2 nie ada kes, yang agak kurang sesuwai la dgn umoq dorang... dh ada koleksi video sendiri ler, apa ler, blablabla...seram sejuk jugak bila dpt tahu citer tu,....lam kpala aku nie, aku risaukan anak2 zaman akan datang nie (mulala i nak korek2 kat intrnet ni camna caranya nak didik anak ikut cara islam)...susah n mencabarkan ibu2 zaman skang nie....

so, nilah serba sikit yg dapat bila dh google, saja jer nak tepek dlm blog ni, biaq ingat slalu...
  • bentuklah peribadi anak sejak dari kecil lagi tetapi masih tidak terlambat untuk memperbaiki peribada anak pada setiap peringkat umur.
  • Anak-anak kecil hendaklah digalakkan bersikap positif melalui pengaruh positif terarah(ganjaran) . tegurlah mereka dengan segera sekiranya mereka membuat salah. terangkan kepada mereka kesalahan yang telah dilakukan dan jelaskan mengapa ianya tidak boleh diulangi.
  • Anak2 perlu dididik berpandukan had kebebasan dan ini telahpun diperincikan di dalam islam.
  • kita perlu konsisten di dalam membentuk nilai positif tanpa mengira keadaan atau tempat.
  • penerapan nilai islam dalam membesarkan anak adalah cara terbaik untuk memupuk nilai positif mereka.
~cara aku plak, semasa mengandungkan Aqil n Ikmal, setiap kali lps solat mgrib, aku akan baca Al Quran, dan tumpukan kepada surah2 yang bersesuwaian. surah Maryam, Yusuf, Hujurat, Luqman n Yasin.. tiap2 malam aku akan baca berselang seli sehinggalah saat melahirkan mereka. Kadang2 prasaan penat + malas muncul juga, tapi cepat2 ditepis, hohoho... aku akan baca juga walaupun hanya satu muka surat demi anak dlm kandungan. aku hanya mengharapkan Allah shj, dan aku mmg betul2 percaya kepada Allah lah kita boleh berharap.. sebabnya, Alhamdulillah, aku dah deliver 2 org bb boy, n dua2 org senang n tak perlu menahan sakit yang lama, aku percaya, sbbnya adalah aku akan membaca surah Maryam setiap malam bila pewotku dah sampai minggu2 genting (yeker, blasahlah) n dh hampir tiba ke saat2 nak deliver bb.

~persekitaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku anak2 kita, so kita kenalah wujudkan persekitaran yg elok dalam keluarga kita, ibu bapa jgn slalu gaduh2, tengking2 dpn anak, nnt anak2 pon sama ler, tengking2..mulalah kita nak marah, padahal diri sendiri tunjuk contoh tak baik kat anak. wujudkan keluarga islam, maksudnya cara hidup islam, sembahyang, adab2 sopan santun, berpakaian n etc lah, tahulah sendiri...

~kalo anak wat salah, tegoq dgn baik, dia masih lagi kurang faham baik n buruk, so kita ler kena selalu ingatkan mereka. kalo anak wat perkara yg baik plak, bg ler pujian, bukan susah pun nak puji anak sendiri. macam aku n en hubby, mmg kami amalkan puji pujian ni, sejak Aqil bb lagi kami dah start puji pujian ni, tp jgn sampai anak makan puji plak...pandai2lah... jz bg dorongan kat anak.

~skang mak ayah keja, anak2 dok ngan bb sitter la, nursery la...so prngai pon mcm2, ramai kawan2 di nursery, jd kita mak ayah dia, kena pandailah tapis2 prangai yang elok n tak elok...tegoqlah slalu, tp jgn membebel tak tentu fasal plak. mcm Aqil, slalu jugak aku tgk prangai2 baru yang dia bawak balik umah, so pandai2lah yer...

~lastly, didiklah cara islam, baru bahagian dunia akhirat...wasalam..mata dh ngantuk sbnqnya, pastu merepek meroyan macam2lh...